Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo dilihat mengambil langkah berani apabila mengumumkan senarai 37 pemain untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan negara itu beberapa hari yang lalu.

Terdapat beberapa keputusan yang menimbulkan persoalan terutama kepada penyokong bola sepak Vietnam sendiri apabila beberapa nama yang merupakan tunjang utama kekuatan mereka yang masih menjalani proses pemulihan kecederaan turut berada dalam senarai.

Paling menarik perhatian adalah pemain diposisi penjaga gol, dimana tiada nama Dang Van Lam disenaraikan sebaliknya Park Hang-seo memanggil 4 orang penjaga gol yang beraksi dalam saingan domestik untuk menyertai kem latihan pusat siri 1 itu.

7ca5c48b70e185bfdcf0

Dang Van Lam yang sudah beberapa bulan tidak beraksi dalam aksi kompetitif diperingkat liga dan hanya baru beberapa minggu menjalani latihan bersama kelab Cerezo Osaka mungkin menjadi alternatif  ‘kecemasan’ sekiranya prestasi 4 penjaga gol yang tersenarai itu tidak mencapai tahap yang dimahukan.

3 penjaga gol yang terpilih beraksi dengan 3 pasukan tercorot dalam saingan V.League 1 2021.

Dari keseluruhan 37 pemain yang terpilih, hanya ada 1 pemain yang beraksi dalam saingan divisyen 2 iaitu Nguyen Anh Duc yang kini bersama kelab Long Anh FC.

Tunjang kepada skuad kebangsaan Vietnam kali ini dilihat berpaksikan kepada 2 kelab utama negara itu iaitu Hoang Ang Gia Lai (7 pemain) dan Hanoi FC (9 pemain).

Kelab dikedudukan ke-2 liga pula – Viettel, memiliki 4 pemain dalam senarai terkini sama seperti Da Nang yang berada dikedudukan ke 9.

Berdasarkan beberapa laporan media sukan Vietnam, posisi yang mungkin menjadi ‘lubuk’ pihak lawan adalah bahagian pertahanan kiri selepas ketiadaan Doan Van Hau, mereka masih lagi mencari pengganti yang benar-benar konsisten.

Walaupun Doan Van Hau serta Nguyen Trong Hoang dijangka tidak akan berada dalam senarai akhir ke UAE, tetapi Park Hang-seo masih mahu melihat perkembangan 2 pemain itu sebelum membuat keputusan muktamad.

Liga Amatur Divisyen 4 Thailand Ada 179 Kelab Bertanding Merebut 6 Slot Ke Saingan Thai League 3 Musim 2022

Kurniawan: “Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun, Dia Sangat Efisien Dan Efektif Menggunakan Tenaga.”

Park Hang-seo Sah Hilang Khidmat Nguyen Trong Hoang Dalam Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022

Sumber