Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain kelab Jepun, Cerezo Osaka, penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam mula menjalani latihan bersama kelab tersebut.

Van Lam terpaksa menunggu selama lebih dua bulan untuk terbang ke Jepun bagi melengkapkan perpindahan beliau ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Pemain kacukan Rusia-Vietnam ini sebelumnya beraksi bersama kelab Thailand, Muangthong United namun beliau mula kehilangan tempat kepada penjaga gol kedua pasukan, Somporn Yos dalam saingan liga musim 2022/2021.

Setelah kehilangan tempat dalam kesebelasan utama,Van Lam kemudiannya memutuskan untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Cerezo Osaka sekaligus menjadi sebahagian daripada skuad untuk musim 2021.

Penjaga gol berusia 27 tahun itu bakal menyarung jersi nombor 1 dan akan bersaing dengan penjaga gol dari Korea Selatan, Kim Jin Hyeon.

Van Lam menjadi pemain ketiga dari rantau Asia Tenggara yang beraksi dalam saingan J1. Dua lagi pemain ialah Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo) dan Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepan Asia di sini:

Stuart Ramalingam – Pemain Sentuh Pengadil Tidak Semestinya Satu Kesalahan Atau Provokasi

Beralih Ke Futsal, Shahrom Kalam Bakal Sertai Selangor Tot United?

Vietnam Uji Skuad Kebangsaan Jordan Sebelum Hadapi Baki Kelayakan Piala Dunia 2022

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group