Bukan mudah untuk mengisi ‘kekosongan’ yang ditinggalkan oleh seorang penjaga gol lagenda SCG Muangthong United kerana expectation dari segala aspek bakal menjadi pertaruhan serta perbandingan dari perspektif penyokong.

Inilah yang terjadi kepada penjaga gol kacukan Vietnam-Russia yang kini beraksi dengan SCG Muangthong United, Dang Vam Lam yang teruk dikecam oleh peminat bola sepak Thailand khususnya penyokong Muangthong United kerana menjadi gemuk selepas musim PKP.

Dalam satu sesi pemeriksaan perubatan dan kecergasan yang dilakukan oleh pihak kelab itu semalam, tular di media sosial gambar yang membandingkan keadaan fizikal semasa Dang Van Lam dan juga bekas penjaga gol Muangthong United yang kini beraksi dengan Hokkaido Consadole Sapporo, Kawin Thamsatchanan.

104195480_3314392855252136_2501157061183185313_o (1) 83036361_3220151734716808_7199625847881663839_o (1)

Walaupun secara pandangan mata kasar, badan Dang Vam Lam sebenarnya tidaklah mengalami kenaikan berat badan yang ketara namun perkara ini telah menjadi ‘modal’ kuat perbincangan oleh peminat bola sepak di Thailand.

Bagaimana pada pandangan anda dengan keadaan fizikal Dang Van Lam?

Demand juga penyokong bola sepak Muangthong United terutama apabila pemain itu adalah dari luar negara dan mengisi posisi penting dalam pasukan. Cuba check bagaimana dengan pemain dari pasukan kita sendiri pula, OK atau pun tidak.

Nota: Dilaporkan bahawa pendahhulu dalam saingan V.League, Sai Gon FC bersiap sedia untuk membawa pulang Dang Van Lam dengan nilai perpindahan yang dikatakan berjumlah USD1.2 juta. Fuh!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

‘Goyang’ Untuk Berdepan Malaysia, Vietnam Kalut ‘Speed Up’ Proses Dokumentasi Pemain Kacukan

Ini Strategi Bagaimana Jersi Buriram United Laku Keras, Sasar Jualan 30,000 Helai Jersi Bernilai RM2.85 Juta!

Stadium Ras Abu Aboud Ini Dibina Menggunakan Konsep Kontena, Mirip Gaya ‘Food Court’ Hipster Di Malaysia