Itulah kata-kata yang keluar dari mulut jurulatih penjaga gol kelab SCG Muangthong United, Marquinhos Goleiros ketika cuba memberitahu keupayaan serta kemampuan yang dimiliki oleh penjaga gol mereka, Dang Van Lam yang dipetik dari ZingNews.

Prestasi yang padu dipamerkan oleh Dang Van Lam sejak saingan Thai League kembali bersambung pada 12 September lalu, dimana beliau hanya bolos 1 gol sahaja selain melakukan banyak aksi menyelamatkan gawang gol yang memukau ramai pihak.

Marquinhos Goleiros turut menjelaskan bahawa penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam itu kini berada dalam prestasi terbaiknya selepas aksi merudumnya sehingga terlepas status sebagai penjaga gol utama kelab itu.

“Dang Van Lam tidak pernah berada pada tahap seperti ini. Tahun 2020 adalah tahun terbaik untuk dirinya dengan keupayaan 110%.”

Kembali Pada Prestasi Terbaik, Usaha Gigih Dang Van Lam Sendiri

Dengan saingan liga ditunda begitu lama akibat COVID-19, para pemain tidak ada sebarang perlawanan sepanjang tempoh tersebut.

marquinhos

Perkara positif disebalik itu adalah ramai pemain yang cedera mempunyai masa secukupnya untuk pulih dan Dang Van Lam menggunakan tempoh tersebut sepenuhnya untuk mengembalikan form beliau.

“Dia mampu bergerak dengan lebih pantas, melompat lebih tinggi, membuat hantaran dan memiliki kombinasi refleksi tangan dan mata yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya tidak mahu menyatakan lebih spesifik, tetapi statistik menunjukkan secara keseluruhannya dia 10% lebih baik dan akan terus meningkat.”

Ini Sebab Mengapa Dang Van Lam Lebih Bagus.

Dang Van Lam digambarkan sebagai penjaga gol yang lebih bagus berbanding rakan sepasukan diposisi sama berasal dari Thailand.

“Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal. Sebahagiannya adalah kerana dia adalah penjaga gol Vietnam yang mempunyai pengalaman diperingkat antarabangsa dan penjaga gol lain disini adalah masih muda.”

“Selain itu, banyak perkara dapat diperhatikan melalui latihan dan statistik. Saya telah cuba memberikan latihan yang sama dan Dang Van Lam memberikan keputusan yang sangat berbeza dengan yang lain.”

120287240_3654280684596683_1391837969383639482_o

Marquinhos Goleiros pada awalnya melihat Dang Van Lam mengalami kesukaran kerana kecederaan dan beliau memutuskan untuk tidak mahu mengambil risiko menurunkannya dalam perlawanan.

“Saya berikan dia masa dan dia tidak mengecewakan saya. Secara jujurnya dia menunjukkan tahap profesionalisme yang mengejutkan saya sendiri terutama dari cara pemakanan beliau, bagaimana dia berehat dan perkara lain dalam serta luar padang.”

“Jika dibandingkan dengan penjaga gol yang bagus dalam sejarah 20 tahun karier sebagai jurulatih, Dang Van Lam tidak jauh berbeza. Dia antara yang terbaik.”

Apa Kelebihan Dang Van Lam Dari Mata Jurulatih Muangthong United

Menurut Marquinhos Goleiros lagi, kelebihan utama Dang Van Lam adalah ketinggian dan juga depaan tangannya yang besar. Kelebihan ini membantu beliau untuk mengatasi lawan dalam saingan domestik di Thailand.

Selain itu, Dang Van Lam adalah seorang yang kidal (kaki dan tangan). Dalam sukan (bola sepak khususnya) secara umumnya, pemain kidal ini sentiasa memiliki sesuatu yang berbeza.

“Bagaimanapun perkara paling menarik mengenai Dang Van Lam adalah kebolehnya untuk mengawal bola dengan kaki.”

DVL

“Seorang penjaga gol dengan teknik kawalan bola menggunakan kaki yang baik mampu mengubah sistem taktikal sesebuah pasukan. Ini adalah punca utama ketua jurulatih Alexandre Gama suka kepada Dang Van Lam.”

“Perkara paling utama adalah effort Dang Van Lam, saya hanya kerja sebagai jurulatih, kajian dan menerapkan method latihan yang sesuai. Saya cuba meneroka dan menerapkan peralatan teknologi moden dalam sesi latihan.”

“Bergantung kepada keadaan fizial dan karakteristik seseorang pemain, saya akan menyediakan sesi yang berbeza. Inilah sebab mengapa ada hari dimana anda lihat Dang Van Lam bersendirian berlatih di gym dan bukan dipadang 2 kali sehari.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Berdepan RWD Molenbeek

2 Slot Peringkat Kumpulan AFC Cup 2021 Jadi Rebutan, Ini Cara Menentukan Pasukan Yang Akan Layak