Penjaga gol nombor satu Vietnam, Dang Van Lam mungkin diketepikan sekiranya kelab beliau, Muangthong United kembali mendapatkan khidmat Kawin Thamsatchanan.

Media Vietnam, kenh 14 melaporkan pengurus Muangthong, Kan Janrat menegaskan Kawin mungkin kembali ke Thailand setelah beliau bergelut bagi mendapatkan minit beraksi yang cukup bersama kelab J. League, Consadole Sapporo.

Dang Van Lam

Kawin Thamsatchanan

“Kawin merupakan penjaga gol yang amat dikenali di sini terutamanya di kalangan peminat bola sepak Thailand. Sudah pasti Muangthong akan sentiasa terbuka menerima kepulangan pemain itu.

“Akan tetapi, satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah saya mempunyai Dang Van Lam. Jika Kawin kembali, maka kami perlu mengetepikan Van Lam dari skuad utama,” kata Janrat.

Dang Van Lam

Sumber Gambar: Saigoneer

Beberapa kelab dari Vietnam dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Van Lam dan Muangthong dikhabarkan sedia untuk melepaskan penjaga gol itu sekiranya tawaran sesuai.

Bagi Kawin pula, setakat ini hanya Port FC yang menunjukkan minat bagi mendapatkan penjaga gol berusia 31 tahun itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Thai League 1 di sini:

Ketua Jurulatih Police Tero FC Jelaskan Faktor Kecergasan Punca Sumareh Tiada Dalam Senarai Pemain

Kemasan Dalaman Bas BG Pathum United Ini Mirip Tempat Duduk Penerbangan ‘Business Class’

Port FC Mahu Dapatkan Khidmat Kawin Thamsatchanan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group