Jurgen Klopp ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dalam aksi Southampton bertemu Liverpool.

Dan tiba tiba pengendali dari Jerman itu memetik jumlah penalti yang diberikan kepada United berbanding Liverpool.

Liverpool dinafikan dua penalti oleh pengadil dalam perlawanan yang menyaksikan The Reds kalah tipis 1-0 di St Mary.

Bekas penyerang Liverpool, Danny Ings menjaringkan gol awal perlawanan yang membuatkan The Reds pulang hampa.

Klopp kecewa dengan prestasi pasukannya dan menyatakan bahawa beliau mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Klopp berkata: “Sangat mengecewakan. Kita tidak bagus dalam membuat beberapa keputusan malam ini, itu adalah hantaran yang terakhir [merujuk kepada hantaran terakhir Liverpool sebelum wisel penamat]. Salah kami, dan saya bertanggungjawab.”

Ditanya tentang VAR, Klopp membidas pengadil dengan berkata: “Jelas sekali itu adalah penalti. Saya pergi ke arah pegawai keempat perlawanan sama ada insiden itu sudah diperiksa?”

“Dia kata, ya mereka sudah periksa dan itu bukan penalti.”

“Apa yang telah Andre Mariner lakukan ke atas Sadio Mane malam ini, saya tak pasti jika itu ok. Man United ada lebih banyak penalti dalam dua tahun terakhir ini berbanding yang saya dapat dalam 5 tahun setengah di sini.”

“Namun tidak ada alasan untuk kekalahan malam ini.”

Liverpool akan bertemu Aston Villa dalam saingan Piala FA dan kemudian pertemuan ‘besar’ berdepan dengan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Danny Ings Ajar Liverpool

EPL: Lampard Tak Risau Dipecat Sebab Chelsea Lalui Benda Sama Musim Lalu

EPL: Manchester City Unggul Di Stamford Bridge