Terdapat perubahan di tampuk pemerintahan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) apabila Damian Yeo mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai presiden badan induk terbabit.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Damian menerusi satu post di laman media sosial rasmi Facebook miliknya sebentar tadi dimana exco-exco yang dilantik semasa pemerintahannya turut meletak jawatan.

MUSA sendiri kemudiannya mengesahkan peletakan jawatan Damian Yeo dan persatuan itu mengucapkan terima kasih di atas khidmat Damian selama empat bulan menerajui badan tersebut.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali dilantik secara automatik untuk menjawat jawatan Presiden MUSA sekaligus menggantikan Damian.

Damian Yeo
Datuk Sulaiman Md. Ali. Sumber Gambar: Melaka Kini

“Buat masa ini, sayalah Presiden MUSA. Saya akan melihat semula struktur MUSA itu sendiri, mereka (pengurusan MUSA) akan maklumkan kepada saya serta memberi penerangan serba sikit mengenai kewangan MUSA dan sebagainya.

“Jika saya terus memegang jawatan ini, saya akan terus memimpin pasukan bola sepak ini demi kebaikan negeri,” kata Datuk Sulaiman.

Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:

Liga Malaysia 2020: ‘Kereta Kebal’ Dari Thailand Isi Kuota Pemain Import ASEAN Skuad Melaka United

Damian Yeo: Kami Akan Selesaikan Masalah Dalaman Dengan Cara Sendiri

Safee Sali Sifatkan Tindakan Damian Yeo Sebagai Tidak Profesional