Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Damian Yeo mengucapkan terima kasih kepada pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas nasihat baginda mengenai isu tunggakan gaji antara persatuan tersebut dengan bekas pemain, Shukor Adan.

Semalan, Tunku Ismail menggunakan laman Instagram Story milik baginda dengan menegur Damian agar tidak membuat banyak kenyataan dan segera menyelesaikan tunggakan gaji Shukor. Damian kemudiannya mengucapkan terima kasih melalui laman media sosial Facebook beliau sambil menegaskan MUSA akan menyelesaikan masalah dalaman dengan cara tersendiri.

Perseteruan antara Presiden MUSA dengan Shukor Adan dilihat semakin meruncing dimana Damian sebelum ini telah memberikan amaran kepada pemain berusia 40 tahun itu serta menuntut agar Shukor membuat permohonan maaf terhadap bekas majikannya itu.

“Cara mudah adalah dia tarik semula kes dan mohon maaf kepada persatuan, sebab itu saya cakap jika dia mahu bermain dengan api, saya akan berikan dia api,” Kalau dia mahukan duit, dia kena minta maaf,” kata Damian.

Damian mengeluarkan kenyataan sedemikian setelah tidak berpuas hati dengan tindakan Shukor yang menghantar afidavit bagi menuntut hak gaji dan bonus daripada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji Shukor Adan di sini:

Damian Yeo Menuntut Permohonan Maaf Dari Shukor Adan

Shukor Adan Serah Afidavit Tuntutan Hak Gaji Kepada FAM

Damian Yeo Beri Amaran Kepada Shukor Adan Berhubung Isu Tunggakan Gaji