Perseteruan antara Shukor Adan dan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Damian Yeo kini memasuki babak baharu apabila Damian seolah-olah melaungkan amaran kepada bekas ketua pasukan Melaka United itu mengenai isu tunggakan gaji.

Menerusi laman media sosial Facebook milik Damian, beliau memuat naik status yang mengatakan jika Shukor mahu bermain dengan api, maka Damian tidak teragak-agak untuk membalasnya dengan api.

Syukor Adan, if you are playing with fire than I shall give you fire.

Posted by Damian Yeo on Monday, 6 January 2020

Terbaru, menurut laporan Foxsport Malaysia, terdapat satu screenshot perbualan WhatsApp yang tular di media sosial dimana Damian akan membayar tunggakan gaji pemain lain dan mahu membakar duit tunggakan gaji kepunyaan Shukor.

“Jangan ugut persatuan, dia belum tahu siapa saya lagi. Saya akan bayar (tunggakan) semua pemain, dan dia (Shukor) punya aku bakar duit dia.”

Damian Yeo

Shukor Adan ketika beraksi bersama Melaka United.

Sebelum ini, Shukor mengambil keputusan untuk menghantar afidavit bagi menuntut hak gaji dan bonus daripada MUSA kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara ini dipercayai menjadi faktor mengapa Damian Yeo berang sekaligus memberikan amaran kepada bekas pemain Selangor dan Felda United itu.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji Shukor Adan di sini:

Shukor Adan Serah Afidavit Tuntutan Hak Gaji Kepada FAM

Bekas Pemain Melaka United Gesa Pengurusan Untuk Selesaikan Tunggakan Gaji

Tunggakan Gaji Shukor Adan Mencecah Sehingga 5 Bulan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group