Pertahanan sisi Manchester United, Diogo Dalot memuji Fred sebagai pemain yang sangat profesional. Walaupun kerap dikritik oleh pundit dan dikecam peminat di media sosial, namun Fred mempersetankan semua itu.

Fred dianggap pembelian yang gagal dan membazir selepas harga yang tinggi dibayar United untuk mendapatkan beliau pada 2018.

Oleh sebab itu Fred kerapkali menjadi sasaran pengkritik. Namun Fred hanya fokus kepada tanggunggjawabnya di atas padang.

Tidak pernah sekali Fred koyak dan terganggu hanya kerana komen mengecamnya di media sosial.

Sebaliknya beliau akan datang ke pusat latihan dan gym seperti biasa dan tersenyum.

Fred menjadi wira yang tak disangka sangka pada perlawanan pertama era Ralf Rangnick. Di mana Fred menjadi penjaring kemenangan menewaskan Crystal Palace.

“Walaupun kehilangan bola atau sepakan tersasar, kamu sentiasa mahu mencuba lagi dan kamu akan sentiasa berjuang untuk pasukan, itulah yang kami mahukan.”

“Pemain seperti itu yang diperlukan dalam pasukan ini.”

“Fred adalah pemain yang tidak diberikan perhatian. Semau orang boleh mengkritiknya, namun Fred sentiasa jelas dalam kepalanya, berada di atas padang, dalam setiap perlawanan dia memberikan segalanya yang dia ada, dan ia sesuai dengan karakter kelab ini.”

Selepas tamat aksi menentang Palace, Ralf Rangnick memuji Fred sebagai pemain dan insan yang sangat baik.

Rangnick berkata: “Semua orang sukakan Fred. Mustahil ada yang tak suka Fred.”

“Saya baru kenal dia dua hari dan dia seperti sinaran matahari.”

Dalot percaya Fred terus memenangi hati pihak yang sangsi dengan keupayaannya. Dan Dalot mahu melakukan perkara yang sama seperti dilakukan Fred.

Di mana Dalot setakat ini masih berusaha untuk menstabilkan kariernya di Manchester United. Sebelum ini Dalot dipinjamkan ke AC Milan.

Tetapi Milan dan United gagal mencapai kesepakatan untuk harga tetap. Milan meminta Manchester United mengurangkan bayaran untuk pembelian tetap kerana mengambil kira isu pandemik yang mempengaruhi ekonomi kelab. Malangnya Manchester United menolaknya.

“Itulah sebab kenapa saya di sini, untuk berjuang merebut tempat. Bukan mudah apabila kamu tidak menjadi kesebelasan utama dan tidak bermain banyak. Namun itu sudah menjadi tanggungjawab kami untuk sentiasa bersedia. Dan saya merasakan saya sudah melakukannya dengan baik sekali.”

“Apabila peluang itu tiba, saya rasa sekarang saya harus terus melangkah ke hadapan dan memberikan segalanya apabila berada di atas padang.”

Baca juga artikel

EPL: Fred Penjaring Gol Kemenangan Pertama Era Rangnick

Evra Tak Setuju Perlantikan Rangnick Kerana Tidak Menghormati DNA Manchester United

Conte Mahu Buktikan Dia Benar Benar Layak