Tepat jam 9.15 malam, kelab Selangor FC telah melancarkan jersi away mereka secara digital di semua platform media sosial mereka untuk aksi Liga Super Malaysia musim 2021.

Hadir dengan warna asas biru gelap dan disertakan dengan corak berwarna biru neon, jersi ini direka dengan menyuntik unsur progresif dan adunan jati diri kelab yang berteraskan motif setiap daerah di Selangor.

Dari segi pemilihan warna, warna biru gelap melambangkan kesepaduan rakyat Selangor yang bersatu dalam memberi sokongan padu kepada pasukan Gergasi Merah, manakala warna biru neon pula merupakan simbolik kepada pembaharuan untuk masa depan yang ingin dicorakkan oleh pasukan ini.

Kurang 2 jam dilancarkan, jualan jersi away Selangor FC itu ditutup selepas semuanya habis ditempah oleh bukan sahaja penyokong Selangor tetapi juga penyokong lain yang ‘terliur’ dengan rekaan jersi itu.

Kira-kira jam 11.06 malam, pihak Selangor FC melakukan pengumuman jersi away 2021 telah pun ‘SOLD OUT’ dan memberitahu bahawa tempahan untuk batch ke-2 akan dibuka tidak lama lagi.

Jersi Away baharu ini boleh dibeli di SelangorFC.com dengan harga RM109 untuk edisi pemain. Penyokong Selangor yang berdaftar sebagai pemegang Red Giants Team Card 2021 pula akan menerima diskaun sebanyak 10% untuk setiap pembelian jersi pada tahun ini.

Demi kebanggaan!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Ini Punca Mengapa Penyokong Bola Sepak Di Vietnam Tidak Mahu Membeli Jersi Kelab V.League

Struktur Terkini Liga FAS Yang Perlu Diketahui, 5 Divisyen Yang Bakal Memacu Perkembangan Bola Sepak Selangor

ZamSaham: “Jika Penyokong Tak Berkira, Saya Tidak Berkira Untuk Dapatkan Pemain Berkualiti Dan Fasiliti”