FIFA tampil untuk melindungi para pemain wanita yang melahirkan anak. Sebelum ini terdapat banyak kepincangan kontrak melibatkan pemain wanita yang mengandung.

Dalam beberapa kes ada kelab melarang pemain mengandung. Ada juga kelab sengaja enggan menawarkan kontrak lebih panjang kepada pemain kerana tidak mahu membayar gaji pemain sekiranya pemain mereka mengandung.

“Ideanya adalah untuk melindungi pemain wanita sebelum, selama dan setelah melahirkan,” tegas FIFA.

Pemain bola sepak wanita seharusnya segera mendapatkan hak perlindungan ketika mereka ketika mengandung dan selepas bersalin.

FIFA sedang bersedia untuk mengarahkan kelab untuk memberikan cuti sekurang-kurangnya 14 minggu cuti bersalin.

Namun FIFA juga memberikan kelonggaran agara pemain tersebut dibayar dengan minimum dua pertiga daripada gaji penuh pemain.

Badan bola sepak kebangsaan boleh menggunakan budi bicara mereka dalam isu yang berada di bawah pentadbiran mereka.

Kelab pemain wanita tersebut akan berkewajiban untuk memasukkan semula pemain tersebut ke dalam aktiviti bola sepak dan memberikan sokongan perubatan berterusan yang mencukupi, kata FIFA.

Mana-mana kelab yang mengakhiri kontrak pemain kerana hamil harus membayar pampasan dan denda, dan dilarang daripada bursa perpindahan selama satu tahun.

“Ideanya adalah untuk melindungi pemain wanita sebelum, selama dan setelah melahirkan anak,” kata ketua pegawai undang-undang FIFA Emilio Garcia.

Langkah itu dilihat sebagai langkah besar dalam memajukan bola sepak wanita – dan menghormati kehidupan keluarga pemain – setelah berjaya menjayakan Piala Dunia 2019 dan lebih banyak pelaburan oleh kelab elit untuk memiliki pasukan wanita, pada hari ini.

Penyerang Amerika Syarikat, Alex Morgan, pemenang Piala Dunia tahun lalu, menandatangani kontrak dengan Tottenham pada bulan September, empat bulan setelah melahirkan anak pertamanya.

Dia bermain permainan pertamanya bulan ini.

Peraturan tersebut diharapkan akan dipersetujui oleh Majlis FIFA bulan depan dan akan berkuatkuasa pada 1 Januari.

Badan perundangan FIFA belum pernah menerima aduan tentang konflik perselisihan kontrak mengenai hak bersalin, ianya mungkin kerana sebelum ini FIFA tidak ada peraturan yang benar benar signifikan kepada perkara tersebut.

Sedangkan banyak sekali kes di mana para pemain wanita mengeluh akan isu yang berkaitan dengan hak mereka mahu melahirkan anak.

Oleh itu, Garcia mensasarkan untuk mengatasi masalah yang membelenggu dan dilihat boleh menjadi lebih serius di masa mendatang.

Sekurang-kurangnya lapan minggu cuti bersalin minimum daripada 14 minggu mesti diberikan selepas pemain melahirkan anak.

Peraturan ini adalah adalah menepati piawaian Organisasi Buruh Antarabangsa mengenai pampasan cuti bersalin.

Baca juga perkembangan lain

FIFA Akan Melancarkan Pengadilan Ofsaid VAR Menggunakan AI

Messi Berikan Respon Selepas Dituduh Benci Dan Jahat Dengan Griezmann

Low: Entah Apa Benda Kami Lakukan Atas Padang Tadi