Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain kacukan negara, Curran Ferns sah menyertai pasukan Port Melbourne FC yang beraksi dalam saingan Australia National Premier League.

Perpindahan Ferns ke Australia dikongsikan oleh pengguna laman media sosial Twitter, @harimau_abroad dimana bekas pemain Negeri Sembilan dan Felda United itu membuat penampilan pertama bersama Port Melbourne ketika pasukan itu tewas kepada South Melbourne FC dengan keputusan 2-1 pada semalam.

Ferns pertama kali beraksi di Malaysia ialah pada 2016 lalu dimana beliau menyertai Johor Darul Ta’zim bersama-sama pemain kacukan yang lain seperti Stuart Wark dan Samuel Somervile. Beliau kemudiannya menyertai pasukan Negeri Sembilan dan setelah menghabiskan musim 2016 bersama skuad Hobin Jang Hobin, Ferns berhijrah ke Felda United.

Pemain tengah berusia 26 tahun ini beraksi selama satu setengah musim bersama Felda sebelum berhijrah ke Sukhothai FC pada pertengahan 2018 bersama-sama Shahrel Fikri yang menyertai Nakhon Ratchasima FC. Namun, Ferns jarang mendapat peluang untuk tampil dalam kesebelasan Sukhothai dan beliau kerap memanaskan bangku simpanan.

Curran Ferns

Apa yang pasti, Curran Ferns perlu menampilkan persembahan terbaik agar beliau menjadi pilihan ketua jurulatih, Gary Ayres untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawanan yang akan datang.