Nampaknya ada perkara yang terpendam antara Curran Ferns dan Lee Tuck dimana bekas pemain Melaka United dan Felda United itu terus mengkritik pemain kelahiran England itu.

Baru-baru ini menerusi laman Instagram Story miliknya, Ferns menuduh Lee Tuck menipu rakyat Malaysia dalam usaha beliau untuk mendapatkan kerakyatan sekaligus menjadi pemain naturalisasi negara.

Curran Ferns
Sumber Gambar: Instagram Curran Ferns

“Memakai lilitan ketua pasukan Sri Pahang namun menipu rakyat Malaysia dan rakan sepasukan sendiri dimana dia mendakwa mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

“Jadilah lelaki sebenar dan mengaku anda telah menipu semua orang untuk mendapatkan pasport bagi meneruskan hidup. Jika anda benar-benar sayangkan Malaysia, berhenti bermain bola sepak dan bekerja di kedai mamak dan menghargai budaya di sana.

“Tunjukkan kepada semua orang bahawa anda mendapatkan pasport dengan niat yang betul dan bukalah kedai dengan nama “Lee Roti Bar” dan segera lupakan bola sepak,” kata Curran Ferns.

Sebelum ini, Ferns memerli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana memberikan kerakyatan kepada pemain yang menipu mengenai status pertalian darah dengan Malaysia.

Curran Ferns
Sumber Gambar: Instagram Story Curran Ferns

“Menarik kerana FAM mahu memberi kerakyatan kepada pemain yang menipu mengenai statusnya bagi mendapatkan pasport untuk tujuan kepentingan peribadi.

“Untuk mewakili Malaysia dan menjadi warganegara, ianya lebih dari sekadar bola sepak. Bagaimana kita boleh benarkan seseorang yang cuba untuk memanipulasi masyarakat dan menipu kepada semua orang hanya kerana namanya kedengaran seperti orang Asia, hanya untuk memenuhkan poket sendiri.

“Ini adalah penghinaan terbesar dan seperti mendapat tamparan keras di muka. Tunjukkan dokumen anda yang mengatakan anda mempunyai keturunan Malaysia kerana anda telah bercakap kepada media untuk satu masa yang lama.

“Sekarang anda perlu buktikan atau meminta maaf kepada rakyat kerana menipu dan biarkan rakyat untuk menilai sama ada anda layak untuk menjadi warganegara Malaysia atau sebaliknya.

Lee Tuck sudah beraksi di Liga Malaysia selama lima tahun dan beliau dikhabarkan bakal menjadi pemain naturalisasi seterusnya untuk skuad kebangsaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Nama Pembantu Jurulatih Tempatan Harimau Malaya Bakal Diumumkan Minggu Ini

JDT & Malaysia Airlines Jalin Hubungan, Mahu Martabatkan Bola Sepak Tempatan Ke Tahap Tertinggi

“Milik Siapa?” – Penampakan Rokok Marlboro Dan Lighter Alladdin Atas Meja Cetus Tanda Tanya Netizen.