Syarikat penapis air terkemuka negara, CUCKOO diumumkan sebagai rakan penaja baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu majlis rasmi di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

CUCKOO akan menjadi Penapis Air & Penapis Udara Rasmi bagi kategori peralatan rumah kepada pasukan-pasukan kebangsaan, Harimau Malaya dan juga FAM bermula pada 1 November 2019 hingga 31 Disember 2020.

Menurut kenyataan rasmi daripada FAM, CUCKOO turut akan menjadi penaja utama bagi Piala Futsal Malaysia 2020, saingan peringkat piala yang akan diperkenalkan buat pertama kalinya pada saingan musim kedua Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2020.

75398290_2483897078373708_3916727603758628864_o
FOTO: FAM

Datuk Haji Rosmadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM cukup berbesar hati dengan kesudian syarikat antarabangsa seperti CUCKOO Malaysia untuk tampil sebagai penaja bagi Piala CUCKOO Malaysia 2020.

Beliau berkata: “Ini merupakan suatu pencapaian yang sangat membanggakan kerana jenama Korea yang terkemuka tampil ke hadapan untuk menjadi rakan rasmi FAM bagi pembangunan futsal dan bola sepak negara.

“Terima kasih kepada CUCKOO kerana sudi untuk tampil juga sebagai penaja utama bagi Piala Futsal Malaysia. Sudah tentu, nama anda akan tercatat dalam sejarah futsal negara dan bola sepak kerana bersama-sama dengan FAM dalam penganjuran edisi pertama Piala pertandingan futsal kebangsaan secara profesional di Malaysia,” katanya.

71837531_2483894478373968_9010262859208196096_o
FOTO: FAM

Dengan kehadiran CUCKOO ke dalam keluarga FAM ini, 80 mesin penapis air dan penapis udara CUCKOO turut akan ditempatkan di Wisma FAM termasuk di ruang pejabat serta kafeteria dan bilik asrama para pemain bagi memberikan persekitaran yang segar dan sihat di pusat pentadbiran bola sepak negara ini.

Kerjasama tersebut akan membawa kebaikan kepada atlet-atlet kebangsaan dan pasukan Harimau Malaya di mana mereka dibayangkan untuk tinggal di rumah yang lebih sihat bersama CUCKOO.

Baca juga artikel menarik yang berkaitan dengan FAM melalui pautan dibawah.

Bekas Pemain Skuad Kebangsaan Diberi Peluang Lontarkan Buah Fikiran Kepada FAM

Anugerah Gangsa Dream Asia AFC Bangkitkan Semangat FAM Perkasa Program Akar Umbi

FAM Nafi Kejohanan Piala Presiden Dan Piala Belia Dibubarkan Musim Depan