Liverpool merumitkan peluang mereka untuk menghampiri 4 teratas selepas sekali lagi keciciran mata menentang Crystal Palace di Selhurst Park dengan aksi berakhir seri tanpa jaringan.

The Reds bertandang ke Selhurst Park selepas dimalukan 5-2 di tempat sendiri oleh Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu lalu.

Liverpool hanya berjaya mendapat 1 mata untuk berada di tangga ketujuh. Tetapi mereka masih ketinggalan enam mata di belakang Tottenham di tangga keempat.

Palace kekal tanpa kemenangan dalam sembilan perlawanan, tetapi keputusan seri membawa Eagles enam mata di atas zon penyingkiran.

Liverpool nampaknya sedang membina momentum dengan dua kemenangan Liga Perdana berturut-turut sebelum ditewaskan Real Madrid pada pertengahan minggu.

Kekurangan tenaga dengan beberapa pemain yang semakin berusia, telah menjadi salah satu faktor utama di sebalik kejatuhan The Reds musim ini tetapi Klopp meletakkan kepercayaannya pada pengalaman.

Kepulangan James Milner, Naby Keita dan Joel Matip antara empat perubahan menjadikan purata usia kesebelasan utama Klopp melebihi 29 tahun.

Pemain pemain berpengalaman ini berjaya membantu menstabilkan pasukan ketika bertahan. Namun di barisan serangan mereka kekurangan tenaga yang lebih baik tanpa Darwin Nunez yang cedera.

Jean-Philippe Mateta mensia-siakan peluang terbaik Palace apabila pemain Perancis itu melakukan percubaan terkena palang dari jarak dekat selepas Trent Alexander-Arnold kehilangan bola yang dirampas oleh Jeffrey Schlupp.

Liverpool yang paling hampir menjaringkan gol sebelum rehat adalah apabila sepakan percuma Alexander-Arnold yang menghala ke gawang dihadang oleh rakan sepasukannya sendiri Jordan Henderson.

Anak buah Klopp sedikit lebih baik pada babak kedua sebaik sahaja Harvey Elliott menggantikan Keita yang tidak berkesan.

Mohamed Salah hanya sedikit daripada gol yang diperlukan oleh Liverpool apabila percubaan lencongnya melepasi palang.

Salah adalah pencipta peluang besar Liverpool yang lain untuk mengambil ketiga-tiga mata, tetapi percubaan Cody Gakpo gagal menewaskan Vicente Guaita yang cepat melebarkan badannya.

Tamat perlawanan, Crystal Palace dan Liverpool seri tanpa jaringan. Ianya bukan keputusan yang diharapkan oleh Liverpool. Namun bagi Palace ianya mungkin 1 mata yang sangat mereka perlukan.