Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Portugal tewas dengan keputusan 2-4 bertemu Jerman awal pagi tadi dan sememangnya pasukan Jerman layak menang berdasarkan apa yang mereka pamerkan semalam terutamanya melalui serangan disebelah kiri dan kanan yang pantas.

Namun, pasukan Portugal berjaya memecah kebuntuan perlawanan dengan gol yang berpunca dari satu serangan balas pantas yang disudahkan oleh Cristiano Ronaldo.

Apa yang menariknya adalah, bagaimana pergerakan dari sepakan penjuru Jerman sehingga gol dijaringkan. Saksikan video dibawah ini.

Jika diperhatikan, sepakan penjuru yang diambil oleh Tony Kroos, Cristiano Ronaldo adalah pemain pertama yang berjaya mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti dan seterusnya memecut 32 km/j ke kawasan kotak penalti Jerman dan menjaringkan gol. Gila!

Mengikut video dari BeinSport, Cristiano Ronaldo telah melakukan larian sejauh 97 meter untuk menjaringkan gol tersebut!

Pada umur 36 tahun, mungkin ini akan menjadi pentas terakhir Cristiano Ronaldo dan pemain-pemain dari generasi yang sama untuk kita saksikan pada peringkat seperti ini. Nikmatilah!

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan dibawah.

TERKINI: AFC Umumkan 22 Pasukan Layak Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia, 4 Pasukan Beraksi Di Play-Off

Pemain Vietnam Jual T-shirt Dengan Grafik ‘Jatuh Dalam Kotak Penalti’ Di Lazada Dengan Harga RM54 Sehelai

Media Jepun Dedahkan Pelajar Sekolah Tinggi Aomori Yamada Bakal Terima Tawaran Dari Kelab Ligue 1

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group