Stadium Olimpico, Rome pada 22 Mei 1996 menyaksikan kejuaraan UEFA Champions League menjadi milik Juventus, menang 4-3 melalui penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 tamat 120 minit permainan. Ini adalah kali kedua Juventus muncul sebagai juara pertandingan kelab paling berprestij di eropah.

Juventus sejak dari 1996, telah mara ke perlawanan akhir sebanyak 6 kali – 1997, 1998, 2003, 2015 dan 2017, namun tidak berjaya untuk memecahkan tembok untuk muncul sebagai juara buat kali ke 3.

Kini, harapan untuk meraih kejuaraan itu kembali bersinar dengan Cristiano Ronaldo sah menyertai Juventus dengan nilai perpindahan €112 juta!

33 Tahun, Adakah Ronaldo Jawapan Kepada Kejuaraan UEFA Champions League Juventus?

Menurut satu artikel dari Sportskeeda, menjelaskan bahawa statistik Cristiano Ronaldo menunjukkan bahawa pada usia 33 tahun, beliau sudah mula menunjukkan penurunan impak yang berkait rapat dengan umurnya.

cristiano ronaldo

‘Pace’ beliau sudah semakin perlahan dan ‘work rate’ dilihat semakin pudar, menjadikan Ronaldo lebih mudah menunjukkan sikap tidak berdaya diatas padang, justeru meningkatkan kadar ‘loose balls’ dalam perlawanan.

Dalam aksi UEFA Champions League 2017-2018, jumlah jarak yang telah direkodkan adalah 92,142 meter dan ini merupakan catatan paling rendah dibuat oleh Cristiano Ronaldo dalam 6 musim terakhir.

Persekitaran Berbeza Real Madrid Dan Juventus, Ronaldo Akan ‘Struggle’?

Cristiano Ronaldo dalam beberapa aksi terakhir UEFA Champions League dilihat banyak bergantung kepada ‘kerja keras’ rakan sepasukan di Real Madrid, yang mencipta peluang dan ruang menjaringkan gol tanpa mengenal lelah terutama Luka Modric, Karim Benzema serta Gareth Bale.

Bersama Juventus, Cristiano Ronaldo dilihat akan hilang perkara seperti ini dimana beliau akan dikelilingi oleh pemain tengah bertahan tanpa keupayaan menyerang yang tinggi berbanding apa yang beliau miliki di Real Madrid.

Apa yang dijangka akan berlaku adalah, Ronaldo perlu bekerja keras untuk mencipta gerakan dan peluang menggunakan kemahiran individu sendiri tanpa bergantung harap kepada pemain tengah, dan ini sesuatu yang beliau tidak mampu untuk lakukan ketika ini.

cristiano ronaldo

Mengikut rekod yang diambil oleh Sportkeeda, pada musim 2017-18 UEFA Champions League, Sami Khedira membuat 3 bantuan gol sepanjang kempen dan itu adalah catatan paling tinggi untuk bantuan gol Juventus (9 bantuan gol sepanjang kempen).

Angka itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan 23 bantuan gol yang dicatat oleh Real Madrid, dan ini jelas menunjukkan bahawa Juventus tidak berupaya untuk memberikan sokongan yang diperlukan untuk Ronaldo.

Namun, pengalaman dan keupayaan Ronaldo tidak dinafikan mampu membuahkan hasil buat Juventus, tetapi dengan umur semaki meningkat, ia diragui untuk Cristiano Ronaldo memberikan aksi maksimum seperti sebelum ini.

Perpindahan ini mungkin lebih sempurna jika berlaku lebih awal!

Sumber