Cristiano Ronaldo akan terus beraksi bersama kelab dalam saingan liga terbaik di Eropah, apabila dilaporkan telah menolak satu tawaran ‘hilang akal’ dari sebuah kelab dalam Liga Super China.

Pemain berusia 33 tahun itu dijangka akan bersama Juventus musim hadapan dengan nilai perpindahan £88 juta, menurut laporan dari SportsBible. Beliau juga dilaporkan akan menerima gaji tahunan berjumlah £26.8 juta semusim dari gergasi bola sepak Itali itu nanti.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Marca, sebuah portal bola sepak dari Sepanyol, ada satu tawaran yang ‘hilang akal’ dari sebuah kelab Liga Super China yang mahu membawa Cristiano Ronaldo dengan gaji ¥100 juta semusim selama 2 tahun.

cristiano ronaldo

Tawaran tersebut telah dibuat oleh kelab yang dirahsiakan namanya itu kepada ejen Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes sekitar bulan Disember 2017.

Keputusan untuk menolak tawaran dari China dan terus kekal di Eropah merupakan isyarat jelas Cristiano Ronaldo bahawa dia tidak didorong oleh wang semata-mata.

Walaupun umurnya sudah memasuki awal 30-an, Cristiano Ronaldo tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penurunan prestasi dan masih lagi menjadi tonggak utama pasukan untuk menjaringkan gol.

Sumber