Ketua jurulatih Newcastle Jets, Craig Deans merancang untuk meletakkan pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahrian Abimanyu di bangku simpanan pada perlawanan A-League menentang Western United pada Isnin.

Syahrian giat menjalani latihan setelah sebelumnya diarahkan untuk meningkatkan tahap kecergasa setelah lama tidak beraksi ekoran saingan Liga 1 Indonesia yang dihentikan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Deans menegaskan semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan beliau telah mengikuti rapat perkembangan pemain yang mesra disapa Abi itu.

Syahrian Abimanyu
Sumber Gambar: JST

“Tiada pemain yang mengalami kecederaan, tetapi kami mahu melihat secara keseluruhan sehingga sesi latihan Sabtu ini. Abi sudah menjalani sesi latihan selama empat hingga ke lima minggu dan keadaan beliau sudah semakin hampir dengan apa yang kami mahukan.

“Saya sedang mempertimbangkan untuk beliau bermula di bangku simpanan. Beliau sudah menampilkan prestasi yang baik ketika latihan. Tahap kecergasan beliau juga sudah semakin hampir dengan apa yang kami harapkan,” kata Deans dipetik dari laporan Goal Indonesia.

Syahrian Abimanyu
Syahrian Abimanyu and Liridon Krasniqi

Craig Deans turut menegaskan Syahrian Abimanyu dan seorang lagi pemain pinjaman, Liridon Krasniqi sudah menyesuaikan diri dengan baik dengan kehidupan di kota Newcastle.

“Mereka boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan di Newcastle, menikmati kehidupan di pantai dan kota ini. Mereka datang ke tempat latihan dengan senyuman di wajah.

“Abi dan Liridon datang ke sini untuk merasakan suasana bola sepak yang mereka tidak peroleh selama beberapa bulan kebelakangan ini. Mereka kini sedang bekerja keras bagi mendapatkan tempat,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) di Newcastle Jets di sini:

Liridon Krasniqi Sekali Lagi Disenaraikan Dalam “Matchday Squad” Hadapi Perth Glory Esok

Craig Deans: “Liridon Sudah 12 Bulan Tidak Beraksi Dan Dia Perlukan Lebih Banyak Minit Permainan”

Syahrian Abimanyu Tingkatkan Tahap Kecergasan, Semakin Hampir Jalani “Debut” Bersama Newcastle Jets