• Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) mengesahkan tiga kelab iaitu Pegasus, BC Rangers dan Best Union Yuen Long telah menarik diri daripada saingan Hong Kong Premier League musim 2020 selepas 7 perlawanan.
  • Tiga kelab ini tidak akan dihukum dan boleh kembali semula pada musim depan.
e7b2501e-8b66-11ea-8a72-3b4a65ec119d_1320x770_144421
Liga Hong Kong. FOTO: Chan Kin-wa

Gara-gara kerana wabak pandemik COVID-19, Liga Hong Kong terjejas teruk apabila hanya tinggal 7 pasukan sahaja yang akan meneruskan saingan pada musim ini.

Difahamkan Yuen Long terpaksa menarik diri kerana masalah kewangan yang serius manakala BC Rangers sangat kecewa dengan tindakan HKFA yang tidak memberi jawapan mengenai cadangan mereka untuk mengurangkan jumlah perlawanan termasuk wang hak penyiaran.

Pengerusi kelab Pegasus, Steven Lo Kit-sing juga telah menegaskan saingan liga pada musim ini sepatutnya dibubarkan.

Perkembangan itu disahkan oleh Pengerusi HKFA, Pui Kwan-kay melalui laporan dalam South China Morning Post.

“Kami sudah jangka situasi ini. Kami faham ia berlaku kerana wabak pandemik dan kami amat memerlukan kerjasama dengan pemilik kelab.

“Kalau mereka memutuskan untuk tidak meneruskan saingan liga musim ini, mereka dibenarkan berbuat demikian dan tidak akan dikenakan sebarang hukuman. Kami bersimpati dengan nasib mereka,” katanya.

Ketika ini, kelab R&F Soccer Limited menghuni kedudukan teratas liga dengan 13 mata selepas mengharungi 6 perlawanan. Liga Hong Kong akan kembali bersambung pada bulan Ogos ini.

“Semua stadium masih ditutup untuk proses sanitasi dan belum ada tarikh rasmi bila ia dibuka. Tetapi sekarang, 7 pasukan sudah bersetuju untuk meneruskan baki perlawanan liga.

“Kami harap semua pertandingan akan bersambung pada pertengahan bulan Ogos supaya semua perlawanan yang ditunda dapat ditamatkan pada awal September. Kemudian, kami akan mulakan musim baharu pada penghujung September,” jelasnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Iran Negara Keempat Hantar Permohonan Rasmi Bida Hak Tuan Rumah Piala Asia 2027

Kes COVID-19 Di China Berkurangan, Hulk Tak Sabar Kembali Beraksi

Ho Chi Minh City FC Mahu Gandingkan Anak Rivaldo Dengan Nguyen Cong Phuong, Atur Tawaran Kedua