Setelah meneliti perkembangan terkini wabak Coronavirus (COVID-19) yang melanda seluruh dunia, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengumumkan penangguhan saingan Singapore Premier League (SPL) ke satu tarikh yang akan dimaklumkan bagi melindungi kesihatan pemain, penyokong dan pegawai.

Malah, semua sesi latihan kelab SPL dibatalkan serta merta dan mereka perlu mematuhi arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah sepanjang masa.

Selepas mengharungi 4 perlawanan, Tampines Rovers menghuni kedudukan teratas SPL dengan 9 mata mengatasi Geylang International (6 mata) dan Albirex Niigata (5 mata).

Keputusan tersebut turut menyaksikan Singapura kini menyertai Indonesia, Malaysia, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Brunei dalam senarai liga yang ditangguhkan di Asia Tenggara kerana wabak COVID-19.

Bagaimanapun, Liga Myanmar masih berjalan seperti biasa secara tertutup tanpa kehadiran penonton.

Untuk Laos, Filipina, dan Timor Leste, ketiga negara itu belum memulakan saingan domestik pada musim 2020 setakat ini.

Berikut status liga negara-negara di Asia Tenggara:

  • Brunei (ditangguhkan)
  • Kamboja (ditangguhkan)
  • Indonesia (ditangguhkan)
  • Laos (belum bermula)
  • Malaysia (ditangguhkan)
  • Myanmar (jalan terus tanpa penonton)
  • Filipina (belum bermula)
  • Singapura (ditangguhkan)
  • Timor Leste (belum bermula)
  • Thailand (ditangguhkan)
  • Vietnam (ditangguhkan)

Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak coronavirus sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak.

COVID-19: FFA Bakal Umumkan Penangguhan A-League Pada Hari Esok

Pemain Tengah Shandong Luneng, Marouane Fellaini Disahkan Positif COVID-19

Presiden FA Thailand Salur Dana RM1.35 Juta Bantu Kerajaan Tangani COVID-19, Cetus Rasa Tidak Puas Hati Netizen