Thibaut Courtois tidak dapat menahan dirinya daripada mengungkit keraian Barcelona selepas kemenangan pasukan tersebut ke atas Real Madrid dalam el clasico sebelum ini.

Di mana Barcelona menang 4-0 di Santiago Bernabeu. Kelab Barcelona menurut  Courtois meraikan kemenangan tersebut seperti sudah memenangi liga.

Real Madrid tampil dengan skuad tempang kerana kecederaan dan penggiliran pemain.

Gerard Pique antara pemain yang melaungkan amaran bahawa mereka benar benar sudah kembali!

Malangnya itu tak berlaku. Barcelona melalui tempoh buruk mereka sekali lagi. Kalah dalam 3 aksi di tempat sendiri berturut turut dan kemudian rasminya terlepas kejuaraan La Liga – itu sebenarnya sudah dijangka cuma menunggu masa.

Cuma yang peritnya, Barcelona tersingkir daripada Liga Persidangan Europa. Pertandingan kasta kedua dalam pertandingan kelab eropah.

https://twitter.com/strikersfooty/status/1518541222683500546

Real Madrid hanya memerlukan seri berdepan Espanyol bagi mengesahkan kejuaraan La Liga ke-35 dalam sejarah mereka.

Dan Real Madrid dengan cemerlang menang 4-0.

Real Madrid meraikan kejuaraan bersama dengan pengurus mereka Carlo Ancelotti yang mencipta rekod unik sebagai pengurus pertama memenangi liga di kesemua 5 liga utama Eropah.

Courtois terus menyindir Real Madrid dengan berkata: “Ada orang berpesta selepas el clasico, meraikannya seolah olah sudah menenangi liga.”

Tidak dapat dinafikan, selain daripada prestasi luar biasa gandingan Karim Benzema dan Vinicius Jr., Thibaut Courtois juga menjadi nadi penting Real Madrid dalam mengejar kejuaraan musim ini.

Real Madrid berpeluang menamatkan kempen musim ini dengan kejuaraan berganda, La Liga – yang sudah dalam tangan – dan juga UCL.