Bekas penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois telah mendedahkan bahawa dia telah bercakap dengan Eden Hazard tentang prospek bermain untuk Real Madrid walaupun ketika kedua-duanya berada di Stamford Bridge.

Malah Courtois yakin, beliau memainkan peranan penting dalam menarik Eden Hazard untuk ke Real Madrid.

Menurut El Mundo, Courtois berkata: “Di ruang ganti Chelsea, kami bercakpa tentang kemungkinan bermain di sini.”

“Rumah Putih, Rumah Putih …, itu yang kami kata. Dan kamu gembira untuk membuat spekulasi mengenainya. Sekarang, kami sangat ingin memenangi piala di sini.”

https://twitter.com/Realmadridplace/status/1264510306031742976

Khabar angin yang menghubungkan kedua-dua pemain dengan perpindahan ke ibu negara Sepanyol bermula beberapa tahun yang lalu.

Courtois akhirnya mendesak perpindahan pada 2018 diikuti oleh Hazard setahun kemudian.

Kedua-dua pemain juga berdepan dengan prestasi turun naik. Namun musim ini Courtois dilihat semakin mendapat rentak.

Courtois pada awalnya mendapat kritikan teruk daripada peminat Madrid. Lebih lebih lagi beliau adalah pengganti kepada penjaga gol legenda Real Madrid, Keylor Navas yang membantu pasukan itu memenangi beberapa trofi UCL.

Hazard kini telah menjadi kebimbangan terbesar bagi Madrid, kerana mereka membayar £130 juta untuk pemain yang kurang setahun kontrak ketika itu.

https://twitter.com/i/status/1262744823599190016

Dan sejak menyertai Real Madrid, lebih banyak laporan berkaitan kecederaannya berbanding dengan gol dan assist sebagaimana yang beliau lakukan di Chelsea.

Kini kedua dua pemain sudah sedia untuk membantu Real Madrid merampas kejuaraan liga daripada Barcelona apabila liga kembali bersambung kelak.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain

Statistik Luar Biasa Kai Havertz Pada Tahun Ini

CEO Premier League Akui Proses Pengambilalihan Newcastle Adalah Paling Rumit

Ballack Anggap Van Dijk Cuma Bernasib Baik