Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain pertahanan pasukan kebangsaan, La’Vere Corbin-Ong mengakui keserasian beliau bersama rakan sepasukan selepas membuat penampilan pertama untuk Harimau Malaya ketika menewaskan pasukan Nepal dengan keputusan 2-0.

Menurut Corbin, beliau tidak berdepan masalah untuk mengenali pemain lain memandangkan beberapa pemain yang dipanggil beraksi bersamanya di Johor Darul Ta’zim.

Corbin-Ong
Sumber Gambar: FAM

“Sesi latihan kali ini lebih pendek tetapi ada beberapa pemain JDT dalam panggilan kali ini dan saya sudah mengetahui cara mereka bermain.

“Saya juga sudah mengenali pemain lain dengan mengetahui apa yang mereka mahu lakukan di atas padang. Persefahaman lebih baik apabila kami banyak berlatih bersama,” katanya menurut laporan Utusan.

Corbin-Ong dijangka terus mengisi posisi pertahanan kiri dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan memandangkan beliau menampilkan aksi positif ketika perlawanan menentang Nepal.

Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe akan menghadapi Timor Leste dalam perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan pertama pada 7 dan 11 Jun ini.