Argentina membuka tirai kempen Copa America mereka berhadapan dengan Chile. Dalam aksi pembukaan, superstar, Lionel Messi menjaringkan gol cantik daripada sepakan percuma luar kotak penalti.

Messi mengetuai pasukannya dalam misi beliau memburu kejuaraan major pertama bersama dengan negaranya. Sebelum sepak mula, Messi menyatakan betapa beliau mengidamkan trofi Copa America selepas mencapai segalanya bersama dengan Barcelona.

Dalam aksi berdepan dengan Chile, Messi menunjukkan kepakarannya dengan menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan percuma.

Sepakan percuma itu sangat ikonik dengan Messi yang sudah beberapa kali melakukannya di dalam kariernya. Messi berjaya menewaskan Claudo Bravo pada minit ke-33 daripada jarak 25 meter.

Messi kini sudah menjaringkan 73 gol dan mencipta 51 assist dalam 151 penampilan untuk Argentina, ataupun sumbangan terus kepada 124 gol dalam tempoh tersebut.

Namun kegagalan Argentina menambah gol membuatkan mereka berputih mata untuk meraih 3 mata pertama.

13 minit selepas masa kedua disambung, Eduardo Vargas menyamakan kedudukan. Ianya bermula daripada sepakan penalti Arturo Vidal yang ditepis Emiliano Martinez dan melantun pada palang gol.

Pertahanan Argentina gagal memberikan reaksi lebih baik dan Vargas menyambar bola tersebut.

Walaupun Argentina meneruskan rekod 14 perlawanan tanpa kalah di bawal Lionel Scaloni, namun ianya jelas bukan keputusan yang menggembirakan kem Argentina.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan B, Paraguay menang ke atas Bolivia dan menjadi pendahulu kumpulan.

Uruguay akan memulakan kempen mereka Jumaat ini.

Baca juga artikel:

Messi Mahu Julang Copa America

Analisis: Morata Hampakan Enrique Lagi, Alexander Isak Curi Tumpuan

Ronaldo Bengang Dengan 2 Botol Coca Cola Dan Mengalihkannya