Bekas pengurus Chelsea dan Inter, Antonio Conte membuat penilaian yang mengejutkan tentang Thomas Tuchel.

Di mana pengurus asal Itali itu menganggap bahawa Tuchel tidak tahu cara menggunakan Lukaku.

Conte mempersoalkan pendekatan taktikal Conte ketika menggunakan Lukaku di dalam pasukannya.

Lukaku menyertai semula Chelsea dengan nilai £98 juta pada awal musim ini. Dan pemain itu bermula dengan baik bersama dengan Chelsea dengan menjaringkan gol dalam aksi debutnya berdepan dengan Arsenal.

Namun kini, Lukaku sudah 4 perlawanan tanpa gol bersama dengan Chelsea. Terbaru, Lukaku turut gagal menjaringkan gol ketika berdepan dengan Juventus dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Bercakap kepada Sky Italia, Conte berkata: “Saya rasa Lukaku boleh melakukan lebih baik daripada ini, terutama sekali dengan teknik yang dia ada.”

“Dia sudah berada di tahap tertinggi namun semua pemain harus terus meningkatkan keupayaan diri mereka sehinggalah mereka bersara.”

“Ketika dalam aksi perlawanan ini, ada momen di mana Lukaku harus bangkit. Dia adalah pemain penyerang yang sangat kuat dan sukar ditentang, kerana dia boleh boleh memberikan ancaman dari mana mana bahagian di atas padang.”

“Apabila kamu ada pemain no.9 seperti dia, kamu harus gunakannya, dan saya berpendapat, Chelsea tidak begitu tahu cara menggunakannya Lukaku.”

“Musim lalu mereka tidak ada penyerang utama sebenar [yang benar benar menonjol], jadi mereka bermain dengan sistem yang bertukar tukar posisi. Di mana sekarang mereka sudah ada Lukaku di hadapan serangan mereka.”

“Jika mereka dapat jumpa cara menggunakan Lukaku, maka Chelsea akan menjadi pasukan pilihan dalam UCL musim ini.”

Conte menambah: “Seseorang jurulatih itu dianggap jurulatih yang bagus jika mereka dapat meningkatkan kemampuan pemain. Saya rasa kami [kejurulatihan Conte di Inter] telah melakukan tugas yang sangat baik dalam dua musim di Inter bersama Lukaku.”

“Dia seorang penyerang yang posisinya jelas. Letakkan Lukaku di dalam kotak penalti dan dia sangat bahaya. Sebaliknya, jika kamu letakkan dia ke belakang sedikit, dia sangat laju, sangat sukar mecnari pemain yang boleh menjadi target man pada masa yang sama boleh berlari dari tengah.”

“Saya turut nampak kualiti karakter ini pada Erling Haaland. Saya memantau Lukaku sejak sekian lama dan saya mahukan dia ketika saya di Chelsea, malah sejak dia di West Brom lagi.”

Baca juga artikel

UCL: Barca Dimalukan Benfica, Kini 0 Mata, 0 Gol, Bolos 6, Tangga Tercorot

UCL: Ronaldo Lengkapkan Kebangkitan United Dengan Gol Saat Akhir

Pioli Tuduh Kemenangan Atletico Kerana Pengadil Memihak Mereka