Antonio Conte membuat perbandingan tentang kepentingan Hugo Lloris dan Harry Kane dalam pasukan Tottenham Hotspur.

Dua pemain senior tersebut merupakan ketua pasukan dan timbalan ketua pasukan dalam skuad Spurs.

Jadi, Antonio Conte menganggap dua pemain tersebut sebagai kunci kepada projek beliau di Tottenham. Cuma Conte membuat perbandingan yang agak pelik.

Seorang rakannya di Itali memberitahu Conte bahawa seorang pengurus itu boleh sahaja salah pilih isteri namun bukannya penyerang atau penjaga gol.

Harry Kane menjadi nadi penting Spurs dengan prestasi klasiknya dalam kemenangan 3-2 mereka di Etihad.

Kane kini sudah menjaringkan 238 gol untuk kelab dalam 380 penampilan. Pemain berusia 28 tahun itu hampir menyertai Manchester City pada awal musim ini.

Malah sebelum perlawanan, Pep Guardiola mengesahkan bahawa Man City melakukan 4 bidaan ke atas Kane, namun gagal.

Hugo Lloris pula membuat penampilan ke-400 beliau bersama kelab. Dan baru memeterai perjanjian baharu selama 2 tahun pada bulan lalu.

Lloris dan Kane adalah pemain paling lama bertahan di Spurs pada ketika ini. Dan Antonio Conte berharap Harry Kane akan terus kekal bersama mereka.

Conte menggunakan perbandingan yang dibuat oleh bekas Pengarah Sukan Lecce dan Fiorentina iaitu Pantaleo Corvino.

“Ada seorang pengarah sukan di Itali, Corvino. Dia memberitahu, tidak ,mengapa silap pilih isteri, namun jangan sesekali silap pilih penjaga gol atau penyerang.”

“Ini adalah kata kata terbaik untuk memahami bola sepak, bagaimana untuk membina pasukan. Kita bercerita tentang dua pemain penting dengan pengalaman yang luas.”

Spurs kini masih memburu slot 4 teratas dalam Liga Perdana Inggeris untuk membolehkan mereka bersaing di UCL pada musim hadapan.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Alasan Bruno Fernandes Lempang Maguire Selepas Man United Lebih Setahun Tak Skor Daripada Sepakan Penjuru

Keane U-Turn Dan Puji Fred

EPL: Gol Kemenangan Masa Kecederaan 90+5 Kane Tumbangkan Manchester City Di Etihad