Antonio Conte sedia untuk melanggar prinsipnya sebelum ini, di mana pengurus itu pernah menyatakan bahawa dia tidak suka mengambil alih pasukan pada pertengahan jalan atau pertengahan musim.

Namun untuk kelab sebesar Man United dan kualiti pemain yang mereka sedia miliki, Conte dikatakan berminat.

Conte masih belum ada kelab sejak meninggalkan Inter Milan pada pra musim ini. Conte tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang campur tangan soal jual beli pemain.

Conte diminta menjual pemain bintang untuk mendapatkan wang. Conte kecewa kerana Inter tidak memberikan jaminan akan membeli pemain bintang sebagai pengganti.

Maka berlaku konflik antara Conte dan pengurusan tertinggi yang membawa kepada perletakan jawatan beliau.

United dilaporkan sudah menghubungi Antonio Conte dan pengurus itu sedia untuk mengambil alih jawatan pengurus di Man United. Masa depan Ole Gunnar Solksjaer kini diibaratkan bagai telur di hujung tanduk selepas kekalahan memalukan 0-5 di tangan musuh tradisi, Liverpool.

Ole Gunnar Solskjaer sudah membelanjakan ratusan juta euro untuk mendapatkan pemain yang beliau mahukan. Namun beliau masih gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.

Selepas tamat aksi antara United dan Liverpool, Solskjaer yakin bahawa beliau adalah pengurus yang tepat untuk United. Dan mendedahkan bahawa kumpulan pemain yang ada telah berkembang dengan baik untuk memenangi trofi di masa akan datang. Cuma memerlukan sedikit masa sahaja lagi.

Tetapi peminat Man United ternyata sudah hilang sabar dengan Ole. Di mana ribuan peminat keluar dari stadium awal dalam aksi berdepan Liverpool.

Mereka malah mengejek dan menge-boo pasukan mereka sendiri di atas padang kerana sakit hati melihat corak permainan United yang tidak ofensif dan longlai.

Conte dianggap calon terbaik untuk mengisi jawatan di Old Trafford. Pengurus dengan reputasi baik memberikan kejuaraan liga kepada pasukan seperti Juventus, Chelsea dan Inter sebelum ini.

Namun begitu, lembaga pengarah Man United masih membincangkan tentang Ole Gunnar Solskjaer. Sama ada mereka wajar atau tak memecat jurulatih tersebut. Dan memberikannya sedikit masa lagi kerana beliau sudah berbelanja mendapatkan Ronaldo, Varane dan Sancho pada jendela perpindahan kali ini.

Apa kata peminat Man United? Anda setuju Ole dipecat dan Conte dibawa masuk?

Baca juga artikel

Analisis Taktikal: Gegenpressing & Persediaan Klopp Berdepan Sistem ‘Man Marking’ Ole

EPL 2021/22: Liverpool ‘Laukkan’ Man United Di Old Trafford

Ajax Tunaikan Janji Balas Dendam Dengan Menang 5-0 Ke Atas PSV