Antonio Conte berkata dia mahu membalas budi peminat Tottenham selepas mereka menyanyikan namanya ketika Spurs behadapan dengan Norwich.

Tottenham Hotspur menang 3-0 ke atas Norwich dalam aksi tersebut. Conte mengakui terharu dengan sambutan penyokong Tottenham kepadanya.

Gol cantik daripada Lucas Moura, Davinson Sanchez dan Heung-Min Son meneruskan permulaan tanpa kalah Spurs dalam Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Conte,

Selepas tamat perlawanan, Conte menghargai sambutan yang diterimanya daripada penyokong tuan rumah di Stadium Tottenham Hotspur tetapi berkata dia masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang bersorak nama saya,” katanya.

“Di satu sudut saya sangat gembira untuk ini, dan satu lagi saya rasa [ini bermakna] banyak tanggungjawab yang kami galas demi peminat kami.”

“Mereka banyak mempercayai kerja saya dan mendengar nama saya disorakn adalah bagus kerana saya baru tiba, baru sebulan saya berada di sini. Mungkin terlalu awal! Tetapi saya mahu tunjukkan pada masa hadapan saya layak mendapat penghargaan seperti ini.”

“Saya berpendapat keputusan yang baik akan membantu anda tetapi saya mahu diri saya benar benar layak untuk peminat – kerana mereka menyanyikan nama saya – untuk kerja saya, untuk penglibatan sepenuhnya saya dalam kelab ini, dalam situasi ini.”

Conte sangat gembira dengan kemenangan 3-0 Tottenham ke atas Norwich, tetapi masih mahu melihat pasukannya terus meningkat.

Conte juga berharap Lucas Mora akan memberikan aksi yang konsisten dan lebih lagi di masa akan datang selepas meledak gol sekali lagi.

“Lucas menjaringkan gol yang menakjubkan tetapi dia mempunyai kualiti untuk menjaringkan lebih banyak gol dan dia perlu menjaringkan lebih banyak gol,” kata Conte.

“Kami memerlukan situasi seperti ini. Di hadapan, kami mempunyai kualiti yang hebat dengan penyerang berkualiti. Dan Lucas mempunyai kualiti yang hebat. Sudah tentu, jangkaan saya adalah untuk melihat lebih banyak gol selepas ini daripada pasukan kami. Dan juga prestasi yang baik dengan bola atau tanpa bola.”

Baca juga artikel

EPL: Fred Penjaring Gol Kemenangan Pertama Era Rangnick

Evra Tak Setuju Perlantikan Rangnick Kerana Tidak Menghormati DNA Manchester United

EPL: Divock Origi Wira Kemenangan Lewat Liverpool