Beberapa hari yang lalu, telah tular mengenai satu jawatan sebagai penterjemah bahasa Vietnam-Jepun yang diiklankan oleh sebuah agensi pencari pekerjaan Nova yang mengukuhkan lagi desas desus bahawa akan ada pemain Vietnam yang akan menyertai kelab di Sapporo itu.

Dalam satu kajian lanjut mendapati, kandungan email yang dihantar sebelum ini tidak lengkap dan semalam kami telah menerima kandungan email lengkap yang menyatakan dengan jelas skop kerja, cuti dan juga perkara paling penting adalah gaji untuk jawatan penterjemah itu.

Screenshot 2019-12-31 at 10.52.51 AM

Berdasarkan gambar email diatas, syarikat berkenaan mencari individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut dengan gaji sekitar JPY170,000 hingga JPY200,000. Jika ditukar kepada RM jumlah tersebut adalah sekitar RM6,400 hingga RM7,500 sahaja.

Mungkin untuk warga Vietnam jumlah ini sudah dilihat sesuai tetapi mengikut pasaran di Malaysia, jumlah gaji seperti itu jika dibandingkan dengan skop kerja serta ketelitian yang dituntut, ia adalah dibawah paras yang sepatutnya.

dang-van-lam-2
Ada yang mengatakan Dang Van Lam mungkin calon terbaru ke Consadole Sapporo, tetapi beliau tidak memerlukan penterjemahan bahasa Vietnam kerana mampu berbahasa Inggeris.

Perlu diingatkan juga, masih ada beberapa perkara yang belum ditolak dari jumlah tersebut seperti cukai pendapatan dan sebagainya yang mungkin menjadikan jumlah bersihnya lebih rendah.

Namun, kebanyakkan kelab akan memberikan kemudahan-kemudahan lain seperti rumah/elaun rumah, pengangkutan dan sebagainya yang akan ‘kontra’ kepada jumlah yang dilihat sedikit rendah itu.

Dalam perkembangan berkaitan dengan pemain, ada beberapa sumber memberitahu bahawa ada kemungkinan Martin Lo yang akan ke Sapporo tetapi seperti juga Dang Van Lam, pemain itu tidak memerlukan penterjemah bahasa Vietnam.

Walaupun, desas-desus perpindahan Nguyen Quang Hai dinafikan sebelum ini, mungkin sudah ada deal yang lebih baik atau pun pemain lain yang akan menyertai kelab yang giat mencari bakat dari Asia Tenggara untuk berkelana di Jepun itu.

Baca juga artikel menarik dibawah berkaitan bola sepak Vietnam yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Consadole Sapporo Mula Cari Penterjemah Bahasa Vietnam, Ada Pemain Vietnam Akan Sertai Chanathip Songkrasin?

Nguyen Quang Hai Tolak Tawaran Untuk Sertai Consadole Sapporo

Nguyen Quang Hai Telah Beraksi Dalam 125 Perlawanan Dalam Tempoh 2 Tahun, Catat Lebih 10,000 Minit Masa Bermain