Kelab J. League, Consadole Sapporo mendapatkan khidmat bekas penyerang Benfica, Hugo Vieira bagi memperkuatkan jentera serangan musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman media sosial rasmi pasukan dimana Vieira menyertai Consadole setelah beraksi bersama kelab Portugal, Gil Vicente musim lalu.

Faktor utama mengapa Consadole Sapporo menandatangani Vieira kerana pemain berusia 32 tahun itu mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan J. League sebelum ini.

Vieira beraksi bersama Yokohama F Marinos selama dua musim iaitu pada 2017 hingga 2018, dimana pemain dari Portugal ini membuat 59 penampilan dan menjaringkan 23 gol.

Vieira akan bersaing dengan tiga penyerang import yang lain seperti Anderson Lopes, Douglas Oliveira dan Jay Bothroyd bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Baca artikel lain mengenai perkembangan J. League di sini:

Theerathon Bunmathan Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Mingguan J. League

Chanathip Songkrasin Pulih Dari Kecederaan, Kembali Sertai Sesi Latihan Consadole Sapporo

BG Pathum United Tunggu Kata Putus Dari Teerasil Dangda