Kelab Liga Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo bersedia untuk menjual pemain bintang pasukan, Chanathip Songkrasin bagi meringankan beban kewangan yang sedang dihadapi kelab ketika ini.

Saingan yang dihentikan akibat pandemik Coronavirus (COVID-19) nyata memberi kesan mendalam terhadap kewangan majoriti pasukan dalam saingan J. League.

Consadole sendiri dilaporkan mengalami kerugian sebanyak ¥140 Juta atau RM5.6 Juta kerana tiada perlawanan yang dapat dilangsungkan. Kini, mereka mencari cara untuk meringankan beban yang dihadapi.

Consadole Sapporo
Sumber Gambar: Goal.com

Antara langkah yang mahu diambil oleh Consadole ialah menjual beberapa pemain bintang pasukan antaranya Chanathip Songkrasin yang menjadi pemain paling mahal dalam pasukan ketika ini.

Menurut data yang dikeluarkan oleh laman Transfermrkt, Chanathip mempunyai nilai sebesar €2.4 Juta atau RM11.3 Juta, lebih tinggi berbanding rakan sepasukan yang lain.

Consadole Sapporo
Chanathip mungkin tidak dapat beraksi dalam saingan Piala AFF Suzuki tahun ini. Sumber Gambar: Changsuek

Sebelumnya, ada beberapa kelab khususnya dari saingan La Liga berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun ini dan Consadole mahu memanfaatkan peluang yang ada bagi mendapatkan dana untuk menstabilkan semula kedudukan kewangan kelab.

Chanathip menyertai Consadole Sapporo pasa pertengahan musim 2017 lalu dan sejak itu beliau menjadi nadi utama pasukan dan meraih beberapa anugerah individu.

Baca artikel lain mengenai Chanathip Songkrasin di sini:

Chanathip Dan Theerathon Tersenarai Dalam Kesebelasan Pemain Import Terbaik Di Saingan J. League

Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya

Chanathip Songkrasin Jadi Pemain Termahal Dalam Skuad Consadole Sapporo