Bekas kelab Dion Johan Cools, Club Brugge mengucapkan tahniah di atas penyertaan pemain itu ke skuad kebangsaan Malaysia pada baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Brugge menerusi laman media sosial rasmi Twitter mereka memberikan penghargaan kepada Dion Cools yang beraksi bersama kelab itu selama empat setengah musim sebelum berhijrah ke FC Midtjylland.

“Bekas pemain Brugge, Dion Cools secara rasminya menjadi warganegara Malaysia. Dia sudah beraksi dengan pasukan muda Belgium dan pernah beraksi dalam temasya EURO B-21 Tahun pada 2019.

“Selamat maju jaya kepada Dion dalam pengembaraan baharu ini,” kata Club Brugge.

Sepanjang menyarung jersi Brugge, Dion memenangi kejuaraan Jupiler Pro League sebanyak dua kali iaitu pada musim 2015/2016 dan 2017/2018.

Selain itu, pemain berusia 24 tahun itu turut memenangi Belgian Super Cup pada musim yang sama mereka memenangi trofi liga.

Bersama FC Midtjylland, Dion sekali lagi mengecapi kejuaraan liga apabila membantu pasukan itu memenangi Danish Superliga musim 2020/2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Tan Cheng Hoe: Dion Cools Dapat Sesuaikan Diri Dengan Baik

Reaksi Wan Kuzain Dengan Kehadiran Dion Johan Cools Dalam Skuad Harimau Malaya

TMJ Mainkan Peranan Penting Dalam Meyakinkan Dion Cools Untuk Memilih Malaysia