ESPN melaporkan bahawa Mancesher City menyediakan pakej bernilai £100 juta untuk mendapatkan Jack Grealish.

Pakej tersebut termasuk wang serta tambahan pemain yang akan disertakan dalam perjanjian tersebut. Laporan yang sama menyebut bahawa pemain yang disertakan dalam pakej itu merupakan dari kalangan pemain sayap.

Jack Grealish menjadi rebutan banyak kelab. Ini selepas beliau menikmati musim cemerlang sekali lagi pada musim lalu. Grealish menjadi antara pemain yang paling kreatif di EPL selain Bruno Fernandes dan Kevin De Bruyne.

Pep Guardiola dikatakan sudah lama meminati aksi Grealish dan berharap pemain itu akan bergabung dengan pasukannya untuk menghadapi musim hadapan.

Walaupun minat daripada Manchester City, Jack Grealish dilaporkan masih sedang dalam rundingan untuk kontrak baharu di Aston Villa.

Manchester City sudah memberitahu Aston Villa tentang niat mereka mahu mendapatkan Grealish pada Jumaat. City menyediakan wang sekitar £90 juta berserta dengan pemain sayap 19 tahun yang dianggap berpotensi besar – Morgan Rogers.

Di mana City menilai pemain muda mereka itu sekitar £10 juta. Ini akan melengkapkan pakej £100 juta. Sebelum ini Aston Villa sudah menyatakan bahawa mereka hanya akan mempertimbangkan tawaran luar biasa bermula £100 juta untuk kapten mereka itu.

Terma peribadi pemain tersebut bukan masalah untuk Manchester City kerana kelab itu sudah berikrar akan sedaya upaya cuba memberikan pakej yang dimahukan Grealish.

Aksi di Liga Juara Juara Eropah dan prospek mencabar trofi kejuaraan setiap musim dianggap salah satu daya tarikan utama digunakan City untuk memikat Grealish.

Villa masih optimis bahawa Grealish akan menandatangani kontrak baharu. Grealish sudah menyatakan bahawa masa depan beliau akan diselesaikan sebelum musim bermula.

Baca juga artikel

Eriksen Berehat 6 Bulan, Dilarang Beraksi Selagi Lagi Ada ICD Dalam Badannya

Aberdeen Bina Tugu Sir Alex Ferguson, Kenang Jasa Bantu Kelab Bina Sejarah Paling Gemilang

Real Madrid Sedia Bida Mbappe, Namun Dia Berimpian Mahu Menang UCL Bersama PSG