Metro melaporkan bahawa Manchester City sudah sedia untuk kehilangan Sterling. Di mana pemain itu terus tidak menunjukkan tanda tanda mahu melanjutkan kontraknya di City.

Sterling menyertai Man City pada 2015 dari Liverpool dengan perpindahan £50m juta. Sterling setakat ini sudah beraksi 307 penampilan untuk City dan menjaringkan 116 gol selama 6 musim di Etihad.

Namun pemain itu tidak gembira kerana tidak dapat menjadi pemain pilihan utama di belakang Phil Foden. Seterusnya, kehadiran Jack Grealish membuatkan Sterling kini semakin sukar mendapatkan minit perlawanan.

Guardiola lebih gemarkan Foden dan Grealish yang lebih rajin dalam bertahan dan mengekang serangan balas lawan berbanding Sterling.

Seterusnya, dikatakan, ketamakan Sterling juga membuatkan Guardiola lebih memilih pemain lain sebagai pilihan utama dalam sistem permainan yang dibina secara berpasukan dari bawah ke atas.

Namun City tetap berusaha meyakinkan Sterling untuk kekal kerana pemain itu memang berkualiti terutama sekali untuk menjadi squad depth.

City sudah cuba memujuk Sterling untuk mempersetujui kontrak baharu jangka panjang. Namun buat masa ini, Sterling masih bersikap dingin tentang perkara itu.

Laporan yang sama juga menyebut bahawa Sterling sudah bersedia mahu mencari cabaran baharu di liga luar England. Dengan Sepanyol adalah pilihan pemain itu.

Ianya telah menguatkan lagi minat Barcelona ke atas pemain kebangsaan England itu.

Man City akhirnya meletakkan tanda harga £45 juta – £50 juta untuk Raheem Sterling. Dengan menjadikan Leroy Sane sebagai penanda aras untuk tanda harga Sterling. Sane sebelum ini dijual ke Bayern Munich dengan harga £55 juta.

City sedia mendengar bidaan mana mana pasukan yang mahukan Sterling pada Januari ini.

Beberapa minggu lalu Sterling pernah berkata, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk dia cuba keluar ke negara lain dan berkarier di luar England.

Sterling berkata kepada The Times pada Oktober lalu: “Jika ada peluang untuk pergi ke tempat lain untuk mendapatkan lebih minit perlawanan, saya akan terbuka mempertimbangkannya buat masa ini.”

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, bola sepak adalah perkara paling penting dalam hidup saya. Cabaran yang saya tetapkan untuk diri sendiri sejak saya muda dan ianya juga impian saya.”

“Sebagai pemain Inggeris, saya sentiasa kenal dengan Premier League, namun saya sentiasa terifikir mungkin suatu hari nanti saya mahu bermain di luar negara, dan melihat bagaimana saya berdepan dengan cabaran baharu itu.”