Portal bola sepak terkenal Portugal Ojogo beberapa jam yang lalu telah mendedahkan bahawa perbincangan diantara City Football Group dan pemilik kelab Portimonense SC, Theodoro Fonseca sedang diadakan di Abu Dhabi, bagi mencari persetujuan untuk pembelian saham dalam kelab tersebut.

Walaupun sekitar hujung tahun 2019 yang lalu, proposal pembelian pemilikan kelab Portimonense SC sebanyak €40 juta telah ditolak, nampaknya pihak City Football Group masih tidak berputus asa untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut untuk mencari tapak di Portugal.

Bagaimanapun, Theodoro Foncesa seperti yang dinyatakan oleh Ojogo, hanya akan ‘melayan’ tawaran pembelian pemilikan kelab itu pada harga €150 juta dan keatas sahaja.

City Football Group kini telah memiliki 10 buah kelab bola sepak di 4 benua iaitu;

  • Manchester City FC – England.
  • Melbourne City FC – Australia.
  • Montevideo City Torque  – Uruguay.
  • New York City FC – Amerika Syarikat.
  • Mumbai City FC  – India.
  • Lommel S.K. – Belgium.
  • Girona FC – Itali.
  • Sichuan Jiuniu F.C. – China.
  • Yokohama F. Marinos – Jepun.
  • Troyes AC – Perancis.

Dengan perkembangan ini, dapat dilihat City Football Group memang ‘target’ untuk memiliki kelab atau sekurang-kurangnya mempunyai pegangan saham Portimonense SC sebagai tapak mereka di Portugal dan ia bakal memberikan peluang yang hebat kepada Safawi Rasid mempamerkan aksi disana nanti.

Semoga pembelian City Football Group akan menjadi kenyataan dan mungkin kita akan menerima tempias dari apa yang mereka ada suatu hari nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk

Ini Hujah Kelebihan TRW Kelantan FC Disenaraikan Dipasaran Saham, Jika Indonesia Boleh Mengapa Tidak Kelantan

Hak Penyiaran Thai League Bernilai RM1.58 Bilion Untuk 8 Tahun, Zense Entertainment Calon Utama Pemenang Bidaan

Sumber