Manchester City nampaknya perlu menunggu sehingga bulan Julai hadapan untuk mengetahui sama ada rayuan mereka terhadap larangan dua tahun dari pertandingan Eropah berjaya atau dikekalkan.

Perbicaraan tiga hari di Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) selesai pada Rabu dan menyaksikan pasukan guaman City membantah larangan dua tahun dan denda €30 juta yang dijatuhkan oleh UEFA pada Februari.

City didapati bersalah kerana melanggar peraturan Financial Fair Play dan peraturan Perlesenan UEFA Club oleh Badan Pengawal Kewangan Kelab. City sentiasa mengekalkan pendirian bahawa mereka adalah tidak bersalah.

Setelah perbicaraan berakhir, jurucakap CAS mengeluarkan pernyataan yang menyatakan bila keputusan mengenai rayuan akan diketahui: “Pada akhir persidangan, kedua dua belah pihak menyatakan kepuasan hati mereka berkaitan dengan pelaksanaan prosedur.”

“Panel penimbang tara yang bertanggungjawab atas masalah ini, terdiri dari Mr Rui Botica Santos (Portugal), presiden, Prof Ulrich Haas (Jerman) dan Mr Andrew McDougall QC (Perancis), akan memulakan penilaian bersama dan menyiapkan keputusan yang bakal diambil.”

“Keputusan itu diharap akan dikeluarkan pada separuh pertama bulan Julai 2020.”

Man-City-CAS-appeal-uefa-2508467

Man City kini berharap mereka akan dapat dibenarkan beraksi dalam UCL. Ianya penting untuk kelab mereka.

Sekiranya City terus dilarang dari Liga Juara-Juara selama dua musim kerana ‘pelanggaran serius’ peraturan Financial Fair Play, ada kemungkinan pemain bintang mereka berisiko untuk meninggalkan lapangan Etihad.

Selain itu, ia juga bermaksud pasukan yang menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana musim ini akan layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Ini berdasarkan kedudukan semasa Man City yang dilihat tiada masalah menamatkan saingan di empat teratas.

Sementara itu, tempat ketujuh akan mengambil tempat Liga Europa kerana City sudah menang Piala Carabao.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

United Mendahului Persaingan Dapatkan Havertz, Namun Usaha Chelsea Lebih Konkrit

Pekerja Binaan Stadium Piala Dunia Qatar Sudah 7 Bulan Tak Dapat Gaji

CAS Akan Tentukan Nasib City Isnin Ini