Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Datuk Ghani Ab Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima surat rasmi daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengenai permohonan kuota 1,000 keping tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih diantara Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, pada 28 Februari ini.

Bercakap dalam Berita Harian, Ghani menjelaskan MFL sudah ada manual yang ditetapkan dalam pembahagian tiket untuk penyokong pasukan lawan mengikut jumlah kapasiti stadium masing-masing.

“Untuk makluman, MFL ada manual yang ditetapkan berhubung pembahagian tiket untuk penyokong pasukan tuan rumah dan pelawat. Ada tiga kategori yang ditetapkan.

“Stadium yang bawah kapasiti penonton 20,000, tuan rumah boleh memberi tiket kepada pasukan pelawat hanya 300 tiket sahaja.

“Kedua, stadium yang berkapasiti 20,000 hingga 40,000, tuan rumah dibenarkan sediakan tiket kepada pasukan pelawat maksima 500 tiket dan kapasiti stadium baharu JDT adalah 35,000, jadi KFA mungkin akan dapat 500 tiket sahaja.

“Atas kapasiti tempat duduk penyokong 40,000 hingga 80,000, maka tuan rumah boleh beri tiket kepada pasukan pelawat sejumlah 1,000 tiket dan jika KFA inginkan 1,000 tiket ia bergantung kepada budi bicara kelab JDT dan ketetapan manual di buat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL,” jelasnya.

ERbVxIrU8AAZv_o
Stadium Sultan Ibrahim dilancarkan secara rasmi semalam. FOTO: JST

Sejarah Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau dikenali sebagai Piala Sumbangsih cukup sinonim dengan skuad hijaukuning. Mana tidaknya Kedah pernah beraksi 7 kali bagi merebut piala tersebut.

Bermula musim 1991 dan menjuarai buat kali pertama pada tahun tersebut, pasukan Kedah merintis 6 lagi perlawanan sumbangsih pada musim 1994, 1997, 2008, 2009, 2017 dan 2018.

Dalam dua pertembungan terakhir Kedah dan JDT dalam aksi pembukaan Piala Sultan Haji Ahmad Shah musim 2017 dan 2018, masing-masing telah merangkul 1 kejuaraan. Untuk rekod, Kedah telah merangkul 3 kali kejuaraan pada musim 1991, 1994 dan 2017.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Papan Nombor Elektronik Tajaan Hublot Akan Digunakan Di Stadium Sultan Ibrahim

Perak Perkenalkan Jersi Baharu Musim 2020 Jenama KELME

Pemain PJ City FC Tidak Sehaluan Dengan K.Devan?

Sumber