Malang menimpa skuad Pahang apabila mereka gagal mengutip 3 mata penuh dalam dua perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas tewas tipis 0-1 kepada UiTM FC semalam.

Sejak dari awal perlawanan, kedua-dua pasukan bermain lebih berhati-hati dan kelihatan buntu mencari jaringan pertama. Pahang memperolehi dua peluang terbaik namun gagal dimanfaatkan oleh gandingan Kumahraan dan Dickson Nwakaeme.

Memasuki separuh masa kedua, UiTM FC terus mengandakan asakan dan kerap memberi masalah kepada benteng pertahanan skuad kendalian Dollah Salleh itu.

Usaha mereka untuk mencari jaringan pertama membuahkan hasil pada minit ke 63 apabila penjaga gol Pahang, Sharbinee Allawee bertindak keluar dari kawasan penalti dan gagal mengeluarkan bola.

Kesilapan Sharbinee tersebut mengundang padah dan sempat dihukum oleh penyerang tuan rumah, Rafie Yaacob yang menendang bola terus ke gawang gol.

Tersentak dengan jaringan itu, Dollah Salleh melakukan beberapa pertukaran pemain dan mereka cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun tetap gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang.

Kemenangan UiTM FC itu menyaksikan mereka kini berada di kedudukan 4 dengan 10 mata manakala Pahang kekal berada di kedudukan 8 dengan 6 mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Datuk Seri Vida Bakal Jadi Pemilik Pasukan Kuala Lumpur?

ZamSaham: “Kelantan Miliki Penyokong Paling Unik Di Malaysia, RM6.8 Juta Untuk ‘Settle’ Semua Pemilikan 100%

Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?