Skuad Gergasi Merah terpaksa akur dengan kekalahan besar 6-1 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan CIMB Liga Super 2020 sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan beraksi seimbang di separuh masa pertama dan beberapa peluang terbaik gagal disudahkan oleh Selangor. Safuwan Baharudin adalah antara pemain tengah yang beraksi cemerlang mengekang kemaraan barisan serangan JDT.

Bagaimanapun, 1 minit sebelum tamat separuh masa pertama, JDT manfaatkan peluang dengan menjaringkan gol pertama melalui sepakan percuma Safawi Rasid yang hanya mampu disaksikan oleh penjaga gol Selangor,  Farizal Harun pada minit ke 45.

Pesta gol JDT bermula di separuh masa kedua selepas mereka dihadiahkan sepakan penalti kerana tindakan pemain pertahanan, Nicholas Swirad yang melakukan terjahan ke atas Diogo Luis Santo.

Safawi sekali lagi muncul sebagai penjaring gol kedua selepas menyempurnakan sepakan penalti itu.

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor cuba bangkit mengatur beberapa gerakan namun mereka kelihatan sukar untuk melepasi benteng pertahanan JDT yang diketuai oleh Aidil Zafuan.

Pada minit ke 63, tuan rumah terus menambah gol ketiga melalui rembatan kencangan Diogo Luis Santo yang menerima bola balingan jauh daripada Corbin Ong.

Pasukan kendalian B. Satianathan itu terus tertekan apabila Gonzalo Cabrera memperdayakan barisan pertahanan sebelum menjaringkan gol keempat untuk JDT sekaligus menjadikan kedudukan berubah kepada 4-0.

Tidak cukup dengan itu, JDT terus mengganas dan kali ini menerusi kelicikan pemain muda meningkat naik iaitu Ramadan Saifullah yang turut mencetak gol kelima pada minit ke-72 dan jaringan kedua peribadi selang dua minit .

Namun begitu, skuad kendalian B. Satiananthan tidak pulang dengan tangan kosong dan mereka sempat meraih gol saguhati pada minit ke-81 selepas bola umpanan Sean Eugene Selvaraj di dalam kotak penalti disudahkan pemain gantian Rufino Segovia.

Keputusan 6-1 kekal hingga tamat perlawanan dan JDT kini hanya memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri dalam perlawanan yang seterusnya untuk dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali ketujuh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Sebuah Pasukan Sedang Giat ‘Recce’ Potensi Untuk Memiliki ‘Feeder Club’ Bagi Musim 2021

Kelantan United ‘Rehatkan’ Zahasmi Ismail Atas Faktor Prestasi, Gaji Pemain Tertunggak Lebih 2 Bulan Sejak Jun 2020

Hukuman Terhadap Sumareh Bergantung Pada Keputusan FIFA

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group