Tugas berat sedang menanti skuad The Cops malam ini apabila mereka dijadualkan bertemu juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk perlawanan ketiga saingan CIMB Liga Super 2020 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

PDRM kini menghuni kedudukan terbawah Liga Super dan mereka hanya mengutip 1 mata selepas mengharungi 2 perlawanaan.

Justeru itu, pengendali pasukan itu, Mohamad Ishak Kunju tidak meletak harapan begitu tinggi dan bersikap realistik dengan menyasarkan sekurang-kurangnya satu mata ke atas kelab gergasi dari Selatan itu .

“Biarpun sedar skuad JDT sukar disaingi, tapi secara keseluruhannya semua pemain sudah bersedia memperagakan aksi terbaik untuk sekurang-kurangnya mencipta seri lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri.

“Tapi jika berjaya melakar kejutan, saya anggap bonus kerana kami tahu kekuatan JDT, justeru bagi memastikan pemain mampu menyaingi lawan, akan ada sedikit rombakan dalam senarai pemain selain perubahan taktikal,” kata Ishak dipetik dalam Arena Metro

88185958_2739206062974118_2209801497456148480_o
Ishak Kunju. FOTO: Melaka United

Ishak turut menarik nafas lega selepas penyerang importnya dari England, Antonio German sudah menemui sentuhan jaringan ketika aksi kedua bertemu skuad Hang Tuah.

Sementara itu, penjaga gol JDT, Farizal Marlias tidak mahu rakan sepasukannya mengambil mudah terhadap cabaran PDRM meskipun pasukan lawan mengalami pelbagai masalah.

“Kita tahu PDRM sedang mengalami masalah, jadi peluang yang ada perlu digunakan sepenuhnya.

“Jangan terlalu ambil mudah kerana mereka juga inginkan kemenangan, jadi kami perlu berhati-hati,” tambahnya.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan PDRM melalui pautan dibawah.

FAM Sahkan Pasukan PDRM Terlepas Hukuman Pemotongan 6 Mata, Pelan Penyelesaian Berjaya Dipersetujui

Bekas Pemain Import Selangor, Antonio German Sah Sertai PDRM FA

PDRM Diperkuatkan 15 Anggota Hadapi Saingan Liga Malaysia 2020