Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengumumkan kemasukan pemain baharu di posisi penyerang iaitu Mohd Faizat Bin Mohamad Ghazli sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2020 ditutup semalam.

Faizat yang akan memakai jersi bernombor 23 pernah beraksi bersama PKNS FC musim lepas, dan kehadiran beliau memberi pilihan buat Aidil Sharin Sahak dalam merencanakan jentera serangan Kedah bagi musim ini.

“KFA mengucapkan selamat datang buat Mohd Faizat Bin Mohamad Ghazli, pemain terakhir didaftarkan bersama skuad hijaukuning sebelum berakhirnya jendela pendaftaran pertama semalam, 15 Mac. Faizat akan memakai jersi bernombor 23 musim ini.

“Antara pemain muda yang menjadi nadi skuad Malaysia Bawah 23 Tahun, semoga karier Faizat kembali bersinar membantu skuad hijaukuning memburu kejayaan,” kata kenyataan itu.

Selain Faizat, Kedah juga mempunyai 3 penyerang lain iaitu Kipre Tchetche, Kpah Sherman dan Zaquan Adha.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah melalui pautan dibawah.

Aidil Sharin: Saya Bertanggungjawab Di Atas Kekalahan Kedah

Ifwat Akmal Mahu Tinggalkan Pasukan Kedah?