Tan Sri Annuar Musa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebentar tadi telah mengeluarkan satu ciapan yang telah mengundang kecaman dari netizen terutamanya peminat bola sepak tempatan.

Ciapan tersebut yang berbunyi Wilayah Persekutuan Putrajaya berkemungkinan akan mempunyai pasukan bola sepak sendiri musim depan dan bersaing dalam Liga M, dilihat sebagai satu perkara untuk mencari publisiti murahan ketika rakyat sedang berusaha untuk menghadapi PKPB yang diumumkan petang tadi.

Ciapan kurang sensitiviti kepada masyarakat ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kepada beliau yang akan pasti mencalarkan imej sebagai Menteri Wilayah.

Ketika ramai rakyat masih berusaha keras memerangi isu pandemik, adalah sangat tidak sesuai untuk beliau ‘cari pasal’ mengenai perkara seperti ini dan lebih molek rasanya menumpukan kepada isu-isu yang lebih penting negara.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Hariss Harun Ditawar Biasiswa University of Coventry, Persediaan Selepas Tamat Karier Pemain Bola Sepak

Teerasil Dangda Kembali Ke Thai League, Sertai BG Pathum United Dengan Kontrak 3.5 Tahun

‘Seller’ Shopee Jual Jersi Portimonense SC RM627 Sehelai Jadi Bualan Peminat Bola Sepak Tempatan