Pemain import terbaharu pasukan Kelantan FC musim 2021 iaitu yang berasal dari Greece dijangka akan tiba di Malaysia pada 15 Febuari 2021 untuk menyertai skuad The Red Warriors menjelang sepak mula Liga Malaysia yang akan belangsung tidak lama lagi.

Beraksi diposisi pertahanan tengah, Christos Intzidis dikatakan bakal mengemudi benteng pertahanan pasukan Kelantan FC dalam menghadapi cabaran hebat dari pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Premier 2021.

Berdasarkan ‘pendedahan’ yang dibuat oleh pemilik Kelantan FC melalui laman sosial Facebook semalam, serta beberapa lagi maklumat yang dikongsikan Christos Intzidis kini sudah bersiap sedia untuk terbang ke Malaysia dari Athens pada hari Ahad ini dan pastinya bakal membuatkan penyokong The Red Warriors teruja menantikan ketibaan beliau.

Musim 2020 yang lalu Christos Intzidis beraksi bersama kelab FK Miercurea Ciuc dan CS Concordia Chiajna dalam saingan divisyen 2 Liga Romania sebelum dipancing untuk bersama Kelantan FC musim ini.

Christos Intzidis juga sebelum ini pernah berkelana ke Australia, beraksi untuk kelab semi pro, South Melbourne dalam National Premier Leagues Victoria 2018.

Sasar Beraksi Dalam Saingan Liga Super 2024

Dalam perkembangan lain, ZamSaham selaku pemilik kelab bola sepak Kelantan FC menyatakan bahawa beliau mensasarkan pasukan itu untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia pada musim 2024 iaitu 3 tahun akan datang.

“Dalam saham, kena target sesuatu pulangan lambat, tetapi biasa hasil akan dapat cepat.”

“Dalam bola, saya target untuk TRW Kelantan FC naik ke Liga Super adalah tahun 2024.”

3 tahun tempoh untuk ke 2024 itu dilihat sebagai masa bagi pihak pengurusan membentukan skuad yang mantap bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan pastinya penyokong pasukan Kelantan sendiri perlu lebih sabar mengikuti perancangan yang sudah diatur.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

PFAM: Keputusan FIFA Mengenai Kes Mohamadou Sumareh Bukti Kemenangan Perjuangan Pemain

Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013