Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan jurulatih dari Perancis, Christophe Gamel telah dilantik sebagai penolong ketua jurulatih, Thomas Dooley menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Gamel sebelum ini pernah mengendalikan pasukan kebangsaan Fiji selama 4 tahun dan skuad kebangsaan Qatar bawah 18 tahun. Musim lepas, beliau menjadi pengurus kelab divisyen 2 Belgium, K.S.V. Roeselare.

Kemasukan Gamel dalam barisan kejurulatihan skuad tok gajah juga adalah atas permintaan daripada Dooley sendiri dan turut akan dibantu oleh jurulatih tempatan, Ahmad Yusof. Manakala Dollah Salleh dinaikkan pangkat sebagai pengurus pasukan.

“Gamel sudah berada di Kuantan selepas menamatkan tempoh kuarantin. Kehadiran Gamel sememangnya dinantikan dalam usaha memperkasakan Sri Pahang FC musim ini.

“Pemilihan Gamel,  juga atas persetujuan ketua jurulatih (Thomas Dooley) yang ingin mendapatkan khidmat bekas jurulatih Fiji itu.

“Pada masa sama, Dooley bukan sahaja dibantu Gamel, malah Ahmad Yusof turut dilantik sebagai penolong jurulatih Sri Pahang musim ini.

“Dengan dibantu dua penolong jurulatih, Sri Pahang mengharapkan pencapaian terbaik akan diraih pasukan yang diketuai Dooley,” katanya Suffian dalam Arena Metro.

0c1e19f6-1f38-11ea-919a-831d1b73a96c
Christophe Gamel berpengalaman luas di peringkat antarabangsa.

Gamel yang mempunyai lesen UEFA Pro agak terkenal dengan cara kerjanya yang lebih gemar membentuk gaya permainan menarik ketika melatih skuad Fiji.

Bola sepak asia bukanlah asing bagi beliau kerana pernah menjadi pembantu jurulatih kelab Qatar, Al-Rayyan SC sehingga muncul sebagai juara Piala Qatar Emir dan juara Piala Putera Raja Qatar pada musim 2010 hingga 2012.

Justeru itu, beliau berharap dapat mencapai kejayaan yang sama dalam pasukan Pahang pada musim ini sekaligus mendapat tiket beraksi di pentas Asia.

“Saya mempunyai metodologi kerja saya sendiri yang telah membawa kejayaan kepada pasukan saya pada masa lalu dan saya harap saya dapat mencapai hal yang sama dengan Pahang.

“Tugas saya adalah untuk membina skuad masa depan dan mula-mula kami akan membina gaya permainan kemudian mengembangkan formasi jurulatih serta meningkatkan prestasi para pemain,” katanya.

Teruskan membaca artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Yakult Sedia Hantar Pemain Muda Terengganu FC Ke Jepun

Faizal Azumu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA, Dedahkan Gaji Pemain Masih Tertunggak

19 Pengadil Malaysia Didaftarkan Sebagai Pengadil FIFA Tahun 2021, Amirul Izwan Ditauliah Video Match Official (VMO)

FA Thailand Dedahkan Mereka Miliki 39 Jurulatih Yang Memegang Lesen PRO, 120 Orang Lagi Berstatus Lesen A