Chris Wilder telah meninggalkan peranannya sebagai pengurus Sheffield United dengan persetujuan bersama kerana kelab kini berhadapan dengan prospek penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris.

Selepas beberapa hari spekulasi bertiup kencang tentang pemecatan Wilder, Blades mengesahkan pada hari Sabtu bahawa pengurus berusia 53 tahun itu telah meninggalkan kelab setelah hampir lima tahun bertugas.

Kelab mengumumkan bahawa Wilder bukan dipecat namun mengundurkan diri atas persetujuan bersama/mutual consent.

Wilder sangat berjaya dalam empat musim sebelum ini, memimpin Sheffield United memenangi dua promosi dari Liga Satu ke Liga Perdana Inggeris.

Dia meneruskan kecemerlangan itu pada musim lalu dengan menamatkan saingan liga di tempat kesembilan dalam musim sulungnya di EPL.

Malangnya pada musim ini Blades gagal mencapai prestasi mereka musim lalu. Hanya menang 4 daripada 28 perlawanan. Dan mereka 12 mata dibezakan dari zon selamat.

Sgeffield United kekal dalam pertandingan Piala FA, dengan aksi suku akhir menentang Chelsea akan berlangsung minggu hadapan.

The Blades akan berkunjung ke Leicester City pada hari Ahad dan Wilder tidak lagi menjadi pengurus.

“Menjadi pengurus Sheffield United adalah perjalanan yang istimewa dan tidak akan saya lupakan,” kata Wilder.

“Saya gembira diberi peluang pada tahun 2016 dan gembira dengan kejayaan yang telah kami capai, termasuk dua promosi dan penamat Liga Perdana Inggeris yang tertinggi dalam sejarah.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah menyumbang kepada pencapaian kelab di sepanjang jalan, termasuk pemain, kakitangan dan, khususnya, penyokong.”

Wilder dilaporkan mulai tidak sehaluan dan hubungan tegang dengan pemilik kelab Putera Abdullah kerana isu berkaitan rekrut pemain.

Rata rata peminat Sheffield kecewa dengan perletakan jawatan ini. Kerana menurut mereka Wilder tidak dilayan dengan baik oleh kelab. Sedangkan musim lalu beliau merupakan calon pengurus terbaik EPL.

Malah peminat percaya, jika pasukan tersingkir musim ini, Wilder masih orang terbaik untuk memimpin mereka kembali ke EPL.

Malah Robbie Savage melabel Wilder sebagai pengurus terbaik Sheffield United sepanjang zaman.

Baca juga perkembangan lain

Harry Maguire Mahu Bek Tengah Fasih Berbahasa Inggeris

TERKINI: Chelsea Dan Man United Mahukan Donnarumma

UEL: Milan Dapat ‘Away Goal’ Pada Masa Kecederaan Menerusi Tandukan Cantik Kjaer