Bekas pengurus pasukan Wales dalam kejohanan Euro 2016, Chris Coleman secara rasmi telah diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Chinese Super League (CSL), Hebei China Fortune FC semalam.

Chris Coleman sebelum menyertai Hebei China Fortune FC adalah ketua jurulatih pasukan Sunderland dalam saingan liga Championship, namun gagal membantu kelab itu untuk terjerumus ke saingan League One musim hadapan.

Pihak Hebei China Fortune FC, terdesak untuk mencari pengganti ketika Chinese Super League berehat sempena kejohanan Piala Dunia 2018, selepas Manuel Pellegrini meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Langfang itu bulan lepas bagi menyertai pasukan Liga Perdana Inggeris, West Ham United.

Ezequiel Lavezzi

Kelab itu ketika ini berada di kedudukan ke 10 liga mengumpul jumlah 15 mata dari 11 perlawanan, 8 mata dibelakang pendahulu Chinese Super League, Shanghai SIPG.

Bersama Hebei China Fortune FC nanti, Coleman akan berpeluang untuk membimbing pemain-pemain bintang dunia yang lebih dahulu tiba seperti Javier Mascherano, Gervinho dan juga Ezequiel Lavezzi.