Ketua jurulatih baharu Perak, Chong Yee Fatt mahu kekal menggunakan khidmat empat pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Yee Fatt meneruskan perancangan yang telah ditetapkan oleh pengendali sebelumnya, Mehmet Durakovic yang baru-baru ini telah meninggalkan pasukan.

Walaubagaimanapun, Yee Fatt akan terus mencari pemain sesuai bagi mengisi kuota pemain import Asia, namun beliau tidak mahu terburu-buru.

Jika sudah menemukan pemain sesuai, maka pemain tersebut berkemungkinan besar akan dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua yang dijadualkan akan dibuka pada Mei ini.

Empat pemain import Perak bagi menghadapi musim 2021 ialah Careca, Guilherme De Paula, Leandro Dos Santos dan pemain pertahanan skuad kebangsaan Singapura, Shakir Hamzah.

Chong
Sumber Gambar: FA Kedah

Pada masa yang sama, skuad bimbingan Chong Yee Fatt dilaporkan berminat untuk meminjam pemain sayap Kedah, Farhan Roslan bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan.

Farhan dilihat sebagai pengganti kepada Shahrel Fikri Fauzi yang berhijrah dengan menyertai Selangor musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Ragini: Kelantan Mampu Lakar Kejutan Dalam Saingan Liga Premier

Lebih 5000 Helai Jersi Terengganu FC Telah Terjual, Jersi ‘Away’ Paling Laris

Struktur Terkini Liga FAS Yang Perlu Diketahui, 5 Divisyen Yang Bakal Memacu Perkembangan Bola Sepak Selangor