Bekas pengendali Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt menjadi salah satu calon bagi menggantikan Mehmet Durakovic sekiranya jurulatih dari Australia itu berpisah dengan Perak FC.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana situasi antara Perak dan Mehmet kini sedang berada dalam keadaan tegang dan jurulatih itu dijangka bakal meninggalkan pasukan dalam jangka masa terdekat.

Masih belum jelas mengenai faktor utama Mehmet mahu meninggalkan Perak berbaki dua minggu sahaja lagi saingan Liga Super musim 2021 membuka tirai.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, para pemain nyata terkejut dengan berita tersebut dimana rata-rata pemain dikhabarkan memilih untuk kekal bersama juara Piala Malaysia 2018 itu kerana Mehmet masih menjadi ketua jurulatih.

Change Yee Fatt sendiri dilaporkan telah meninggalkan jawatan beliau sebagai Pengarah Teknikal Kuala Lumpur United (KLU) bagi mengambil alih tugas sebagai pengendali baharu pasukan Perak.

Yee Fatt mempunyai pengalaman dalam dunia kejurulatihan dimana beliau pernah dilantik sebagai penolong jurulatih serta pengendali sementara skuad warga kota sebelum ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Skuad Projek FAM-MSN Sedia Beri Saingan Sengit Dalam Liga Premier 2021

Kuota Pemain Import Selangor FC Kini Sudah Lengkap

MFL Umum Jadual Rasmi Liga Super Dan Liga Perdana